Ke mana saja ia dibawa...100% jentera ini akan menarik perhatian ramai. Jika berdepan dengan yang ramah, memang lebih rancaklah berbual mengenai jentera yang kami uji ini. Ada yang kata ia motosikal limousine... kustom dan paling ramai mengaitkan Maxam dengan sebuah jetski kerana tubuh badannya yang panjang (hampir 10 kaki).
Kawasaki siri Z merupakan sebuah model naked yang tidak lagi asing buat pengguna dua roda. Z sangat popular dan mampu menarik minat pengguna motosikal. Sudah tentu para peminat mahukan sebuah jentera yang berkuasa, pantas, mudah dikendalikan dan posisi tunggangan yang selesa.
Selain model-model moped, skuter turut menjadi pilihan utama para pencinta dua roda. Hari demi hari model skuter semakin mendapat sambutan di Malaysia. Motosikal skuter sentiasa memberikan tunggang santai, mempunyai ruang simpanan bawah pelana yang luas, menjimatkan petrol dan yang paling penting mudah untuk dikendalikan.
_Model_that_is_equipped_with_HondaÔÇÖs_hybrid_technology_and_features_a_.png)
Versi Hybrid memang lebih lancar dan pantas lebih-lebih lagi apabila kita menggunakan mod S berbanding model biasa. Dari segi pengendalian, laju maksimum, sistem keselamatan dan kawalan ketika menunggang dirasakan hampir tidak ada bezanya walaupun versi Hybrid lebih berat.