
Sebagai panduan, G/S merujuk kepada Gelände/Straße (dalam bahasa Jerman untuk jalan biasa/jalan lasak) atau Gelände Sport. Berbanding model BMW yang lain, GS dikenali dengan fork hadapan yang tinggi, posisi menunggang tegak dan tayar hadapan bersaiz besar iaitu sekitar 19” hingga 21”.

Qianjiang (cara ia disebut ialah 'Chin-jung) atau dipanggil QJ oleh para petugasnya merupakan sebuah syarikat China yang kini pemilik jenama motosikal tertua Itali iaitu Benelli. QJ ternyata memiliki keupayaan yang mantap untuk memasuki pasaran Eropah dengan produk-produk yang dihasilkan di China tetapi menggunakan lambang Benelli.