RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 15 Januari 2024

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

Lampu depan jenis LED merupakan ciri yang standard buat hampir semua kenderaan yang baharu sekarang, termasuklah untuk motosikal. LED atau dalam frasa panjangnya light emitting diode tidak menggunakan filamen bagi menghasilkan haba yang tinggi untuk mengeluarkan cahaya. Sebaliknya cahaya dihasilkan daripada aliran elektron (elektrik) melalui sesuatu semi-konduktor. Oleh yang demikian, cahaya daripada LED putih kebiruan, manakala cahaya daripada mentol halogen kuning-jingga disebabkan tindakbalas haba dengan gas iodin dan bromin.

Lampu LED sememangnya lebih terang kerana pembuat lampu atau kenderaan dapat memfokus cahaya itu dengan lebih optimum. Tetapi, lampu yang putih terbukti sangat menyilau apabila terkena mata manusia kerana kita lebih biasa dengan cahaya matahari yang sebenarnya tidak putih sempurna tetapi sebenarnya sedikit kuning.

Masalah ini bukan sahaja terhad kepada jalan-jalan di Malaysia malah di seluruh dunia. Sebuah kajian yang dijalankan oleh badan perkhidmatan automotif di United Kingdom, RAC, menunjukkan 85 peratus pengguna jalan rata-rata berdepan dengan masalah keselamatan akibat silauan lampu LED.

85 peratus daripada 2,500 orang pemandu yang dihubungi untuk kajian ini berkata, "Lampu sesetengah kenderaan masa kini terlalu terang." Yang selebihnya berkata, "Lampu semua kenderaan kini terlampau terang."

91 peratus pula berkata mata mereka terasa silau. 67 peratus berkata mereka terpaksa memperlahankan kenderaan mereka dengan mendadak apabila mata mereka terkena silauan lampu kenderaan lain. Tambah lagi, 64 peratus berkata masalah ini sangat merbahaya, dan 5 peratus berkata mereka hampir-hampir terlibat di dalam kemalangan.

Data kerajaan UK menunjukkan lebih kurang 280 kes kemalangan yang disebabkan oleh silauan lampu LED sejak 2013.

Ada juga di kalangan mereka (7 peratus) yang mengambil bahagian di dalam kajian ini berkata mereka tidak mahu keluar memandu pada waktu malam kerana risau mengenai silauan lampu. Golongan ini ialah mereka berusia 65 tahun ke atas dan berjumlah 14 peratus daripada 2,500 peserta.

44 peratus daripada peserta berkata silauan disebabkan oleh lampu depan yang dilaras dengan tidak betul. Ada kereta yang menggunakan ciri di mana pemandu boleh melaraskan lampu mereka mengikut muatan tetapi mereka tidak berbuat demikian mahupun tidak tahu apakah kegunaan ciri tersebut.

Selain daripada itu, ketinggian kenderaan juga memainkan peranan yang besar, khususnya untuk kenderaan-kenderaan SUV seperti 4x4. Lampu depan kenderaan tersebut berada di paras mata pemandu kenderaan yang biasa.

Malangnya kajian itu tidak membuat sebarang garis panduan atau cadangan untuk mengatasi masalah ini.

Di kalangan motosikal pula, penulis ini pernah bertemu dengan penunggang lain yang menyalakan lampu tinggi dan ini menyilau dalam cermin pandang belakang. Ada pula yang memasang spotlight yang tidak dilaras dengan betul.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Keselamatan Jalan Raya Tanggung Jawab Bersama

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.