RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 10 September 2022

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Georgetown: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan meminda semula Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sekali lagi bagi menangani isu lumba haram di negara kita yang masih belum ada titik noktah hingga ke saat ini.

Cadangan yang dikemukakan antaranya ialah dengan menaikkan kadar denda minimum daripada RM300 kepada jumlah di antara RM5,000 hingga RM10,000 selain hukuman penjara terhadap si pesalah. Tindakan tegas juga menanti ibu bapa kepada pesalah yang berusia di bawah umur 18 tahun, para penonton lumba tersebut dan mekanik yang bertanggungjawab mengubahsuai sesebuah motosikal untuk tujuan lumba haram.

Turut dicadangkan ialah kuasa menyita serta menarik lesen bengkel yang mengubahsuai motosikal diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak menyatakan bahawa pindaan ini merupakan susulan daripada kemalangan maut yang membabitkan motosikal yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu bulan lalu dan selepas perbincangan di antara pihak kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan membanteras kegiatan tidak bermoral ini.

Kemalangan dimaksudkan berlaku pada 17 Julai lalu yang telah mengorbankan tiga penunggang motosikal di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa turut terkorban ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

"Hasil perbincangan membawa kepada langkah penyelesaian jangka pendek serta jangka panjang iaitu pemindaan akta berkenaan dan sepatutnya dibentang di Parlimen pada bulan Oktober ini, namun tidak sempat kerana laporan penuh kemalangan baru sahaja diterima. Ia akan dibuat secara menyeluruh, bukan sahaja membabitkan pelumba haram dan mat rempit tetapi kepada semua yang berkenaan.”

“Sebelum ini kita sudah buat pindaan akta bagi menangani isu pemandu mabuk serta dilihat berjaya mengurangkan kes itu dan pindaan APJ 1987 juga akan capai matlamat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain turut menegaskan bahawa pihaknya (PDRM) akan bekerjasama dengan JPJ dan orang ramai untuk berkongsi data dan maklumat bagi menyelesaikan masalah ini.

Menurut data daripada Polis Trafik, sebanyak 329,296 kes kemalangan melibatkan motosikal telah berlaku dari tahun 2019 hingga 2021. Dalam masa tiga tahun itu, mangsa kemalangan motosikal yang maut adalah seramai 10,188 orang: 3,959 mangsa pada tahun 2019, 3,118 pada tahun 2020 dan 3,111 pada tahun lepas.

Modul pelaksanaan jangka masa pendek operasi secara menyeluruh itu akan bermula di Pulau Pinang dan seterusnya ke negeri-negeri lain jika ianya berjaya. Pasukan Bertindak Khas (Task Force) terdiri daripada PDRM, JPJ dan pihak NGO termasuk masyarakat akan ditubuhkan dalam masa tiga bulan.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim dan Pengarah JPJ Negeri, En. Adenan Mat Isa.

RR berharap dengan segala usaha rapi yang dijalankan bagi membanteras aktiviti lumba haram ini bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa tetapi juga memperbaiki pandangan masyarakat terhadap penunggang motosikal dan membentuk siasah diri ke arah yang lebih positif. RR

Sumber: bharian.com.my dan akhbar The STAR.

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambah Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Keselamatan Jalan Raya Tanggung Jawab Bersama

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.