RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

7 Jun 2021

Miguel Oliveira Juara Catalunya, Fabio Quartararo Kena Penalti

Tunggangan cemerlang yang dipamerkan oleh Miguel Oliveira bersama jentera KTM telah memberikannya kemenangan penuh berharga buat dirinya dan pasukan. Pelumba dari Portugal itu bermula dengan cukup baik untuk berada di belakang Fabio Quartararo dan Jack Miller yang berjaya melakukan holeshot.

Para pemenang Litar Catalunya. Dari kiri: Johann Zarco, Miguel Oliveira & Jack Milller.
Para pemenang Litar Catalunya. Dari kiri: Johann Zarco, Miguel Oliveira & Jack Milller.

Fabio atau popular dengan gelaran El Diablo melakukan kesilapan di selekoh 7 yang menyebabkan dia kehilangan posisi dan serta merta turun ke tempat kelima. Turut bermula dengan cemerlang iaitu Joan Mir dari pasukan Suzuki Ecstar. Dari tempat ke-10, dia berjaya meloloskan diri untuk berada di kelompok hadapan seawal lap pertama. Miguel berjaya mengenepikan saingan Miller pada lap kedua dan terus melarikan diri dengan kelebihan satu saat di depan. Situasi pertarungan di belakang terus sengit, masing-masing tidak mahu menyerah kalah.

Fabio Quartararo '20' cuba membuka jarak di awal saingan.
Fabio Quartararo '20' cuba membuka jarak di awal saingan.
Kira-kira 20,000 penonton menyaksikan saingan MotoGP di litar Catalunya.
Kira-kira 20,000 penonton menyaksikan saingan MotoGP di litar Catalunya.
Pol Espargaro cukup kecewa apabila turut terbabas ke luar litar.
Pol Espargaro cukup kecewa apabila turut terbabas ke luar litar.

Quartararo akhirnya berjaya memintas para pelumba di depannya dan selepas beberapa lap cuba mengejar, dia kembali berada di depan tetapi sukar untuk menahan kemaraan Miguel yang mempunyai kelebihan di beberapa bahagian. Kelompok depan turut dibarisi oleh Johann Zarco, Miller dan Mir. Selepas berjaya menewaskan Fabio, Miguel terus memecut mencari kemenangan.

Lima lap sebelum tamat, Zarco merapatkan jarak dan mula memberi tekanan buat pelumba Yamaha (Fabio) yang berada di tempat kedua. Kekuatan jentera Zarco membolehkan dia memintas dan ketika inilah berlakunya situasi yang agak pelik. Sut perlumbaan Fabio kelihatan terbuka dan dengan jelas dia membuang pelindung dadanya. Dia juga dilihat melakukan kesilapan dengan memasuki lorong 'shortcut' apabila melakukan sedikit kesilapan.

Johann Zarco, semakin digeruni lawan.
Johann Zarco, semakin digeruni lawan.

Zarco gagal untuk mencari kemenangan di Catalunya dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Fabio dikenakan penalti tiga saat selepas menggunakan laluan ‘short cut’ di selekoh 1 dan 2 (ketika dia cuba mencabar Zarco) dan kemudiannya menerima satu lagi penalti berikutan masalah sut perlumbaan yang terbuka dan tindakannya membuang pelindung dada. Dari posisi ketiga, Fabio akhirnya berada di tempat keenam, di belakang teman sepasukannya Maverick Vinales.

Jack Miller '43' kemas menutup laluan daripada serangan para pencabarnya.
Jack Miller '43' kemas menutup laluan daripada serangan para pencabarnya.
Rossi 'tengah' dihimpit oleh dua pelumba Repsol Honda.
Rossi 'tengah' dihimpit oleh dua pelumba Repsol Honda.
Alex Marquez '73' membrek keras sebelum masuk ke selekoh.
Alex Marquez '73' membrek keras sebelum masuk ke selekoh.

Jack Miller gembira apabila berjaya sekali lagi ke podium manakala penyandang juara, Joan Mir tetap membawa pulang 13 mata selaku pemenang tempat keempat. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.