RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

25 November 2021

Beradab Dalam Bermotosikal, Jaga Nama Baik Kita!

Selepas tularnya video krew pengiring konvoi atau 'marshal' yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan jalan, ia telah mengundang pelbagai riaksi yang rata-ratanya langsung tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Rakaman video berdurasi sekitar 10 saat itu telah dikongsikan menerusi akaun FB Epul Adam Helmet Bajet.

Menurut salah satu petikan daripada kenyataan media YDH Ketua Polis Daerah Port Dickson, pihak PDRM menasihati kumpulan konvoi yang bergerak supaya tidak membuat sebarang tindakan memberhentikan / mengawal / melencong kenderaan di jalan awam tanpa kehadiran Pegawai Polis yang boleh membahayakan kepada diri sendiri, pengguna lain dan menyekat kebebasan bergerak di jalan awam.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, ketiga-tiga 'marshal' tersebut telah pun menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

Sememangnya tugas para krew pengiring adalah untuk melancarkan perjalanan khususnya secara berkumpulan tetapi hakikatnya tidak terlepas daripada undang-undang jalan raya. Antara tugas marshal adalah untuk memastikan laluan perjananan yang betul, mengkaji laluan yang bakal dilalui agar selamat, bertindak dengan bijak untuk memberhentikan pergerakan konvoi di persimpangan, memastikan keadaan para peserta konvoi berada di tahap terbaik tanpa bertindak untuk menahan, memberhentikan atau melencong kenderaan penggguna jalan raya yang lain.

Sebagai manusia, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dan dengan apa yang berlaku, ia boleh dijadikan iktibar dan tauladan buat semua. Biar seronok pergi dan balik, tanpa berlaku sebarang masalah.

Untuk lebih memahami tentang selok belok tugas para 'marshal', sertailah kursus-kursus yang banyak dianjurkan dan antara contoh terbaik ialah Kursus Keselamatan Tunggangan Marshal yang dianjurkan oleh GIVI dan MOTOWAZI. Para peserta bukan sahaja dilatih untuk menunggang dalam kumpulan dengan selamat malah diberi penerangan berkenaan undang-undang oleh wakil-wakil dari pihak berkuasa.

Berkonvoi dan bermotosikal memang boleh hilangkan 'stress'.
Berkonvoi dan bermotosikal memang boleh hilangkan 'stress'.

Memang seronok berkonvoi tambah-tambah lagi selepas sekian lama terkurung. Namun begitu, adab dan peraturan undang-undang jalan raya wajib dipatuhi oleh semua pengguna. Bagi rakan-rakan motor, jagalah nama baik kita! Biar masyarakat memujii kita sebagai penunggang motosikal yang bertanggung jawab dan bukan sebaliknya. Jangan kerana “nila setitik, rosak susu sebelanga...”

Selamat menunggang semua! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.