RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

1 April 2022

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) Kini Pengedar Eksklusif Baru Kawasaki

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengedar rasmi motosikal nasional, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini merupakan pengedar eksklusif baru untuk KAWASAKI di Malaysia.

EMOS telah menjalani tempoh peralihan selama enam (6) bulan yang berakhir pada 31 Mac 2022. Sepanjang itu juga pihak EMOS telah pun memerhati, mempelajari dan menyesuaikan sepenuhnya operasi perniagaan rakan kongsi teknikalnya iaitu Kawasaki Motors, Ltd. (KMC). KMC kini memiliki 30% ekuiti dalam MODENAS bersama-sama DRB-HICOM Berhad sebagai pemegang saham majoriti syarikat motosikal nasional itu.

Z650
Z650

“Pemilik motosikal Kawasaki tidak perlu bimbang kerana di bawah pengurusan baharu, tahap unggul produk dan perkhidmatan pelanggan akan dikekalkan. Rancangan kami termasuk juga untuk memperluaskan operasi, membangun, mengeluar dan menjual motosikal Kawasaki. Selain itu, MODENAS turut akan memperkenalkan model terkini serta melancarkan bilik pameran eksklusif Kawasaki baru secara berperingkat. Oleh itu, nantikan pengumuman dari kami mengenai detik-detik menarik ini”, kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Versys 650
Versys 650

Dengan ekuiti yang lebih besar dalam MODENAS, Kawasaki kini akan mengambil bahagian secara aktif dalam sektor operasi di MODENAS, dan bukannya hanya sebagai pemegang saham. Dengan berakhirnya tempoh peralihan, MODENAS juga akan mula memasang model-model Kawasaki terpilih dan pada masa yang sama mengimport model dengan enjin berkapasiti besar untuk memenuhi pasaran yang lebih luas.

“Bersama-sama ahli berpengalaman kami dari KMC, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Yusaku Kashiwagi, Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS secara rasminya. Kami semua bersungguh-sungguh dalam menghidupkan semula jenama Kawasaki di Malaysia,” tambah Roslan.

MODENAS dan Kawasaki telah mempunyai sejarah yang panjang bersama. Ianya bermula semenjak kolaborasi mereka dalam menghasilkan model ikonik Modenas Kriss pertama pada tahun 1996.

“Sejak sedekad lalu, kehidupan Malaysia telah berubah secara mendadak di mana, permintaan yang lebih tinggi bukan sahaja untuk keperluan harian, tetapi juga produk yang memberi keseronokan kepada kehidupan mereka. Bersama MODENAS, kami yakin produk Kawasaki yang akan dibangunkan dan diedarkan dapat memberikan pelanggan kami di Malaysia. Ia sentiasa menjadi misi terbesar kami untuk memenuhi kepuasan pelanggan. Jangan hilangkan semangat Kawasaki dan “Let The Good Times Roll”.”, kata Yusaku Kashiwagi.

Z650RS
Z650RS

Sebagai pengedar eksklusif, EMOS melalui pengedarnya bukan sahaja akan menjual motosikal Kawasaki, tetapi juga akan mengedarkan alat ganti dan aksesori. Selain itu, EMOS juga akan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang meliputi semua perkara teknikal dan isu panggil semula atau “recall”.

Seterusnya bagi semua jualan motosikal Kawasaki, alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal, boleh dirujuk kepada pengedar sah KAWASAKI terpilih seperti senarai di bawah:

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.