RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

19 September 2022

Mekanik Moto3 Digantung Dua Perlumbaan & Didenda €2000 Setiap Seorang

Dua orang mekanik pasukan Moto3 telah digantung dan dikenakan denda yang tinggi sebagai hukuman kerana cuba menghalang seorang penunggang semasa sesi kelayakan untuk perlumbaan Moto3 yang berlangsung Aragon baru-baru ini.

Mekanik pasukan Husqvarna Max Racing Moto3 itu dilihat cuba menghalang penunggang KTM Red Bull Tech 3 iaitu Adrian Fernandez keluar dari kawasan paddocknya manakala seorang lagi menarik tuas brek motosikal atau itu. Hal itu telah menyebabkan Fernandez terhenti secara mengejut dan salah seorang mekanik pasukan Tech3 Racing terus campur tangan.

Difahamkan mekanik tersebut cuba menghalang Fernandez daripada mengikuti pelumba Husqvarna Max Racing, Ayumi Sasaki keluar dari laluan pit di pusingan kelayakan itu mereka.

Pihak 'Steward' MotoGP mengutuk tindakan itu dan telah menjatuhkan hukuman berupa Larangan Dua Perlumbaan untuk saingan pusingan Animoca Brands Australian Motorcycle Grand Prix dan pada Petronas Grand Prix, Malaysia. Kedua-dua mekanik tersebut turut didenda sebanyak €2000.

Mekanik itu juga dikritik hebat oleh pemilik pasukan Husqvarna Max Racing iaitu lagenda MotoGP, Max Biaggi. Beliau yang memohon maaf kepada pasukan Tech 3 KTM.

Gambar: akaun twinter Max Biaggi.
Gambar: akaun twinter Max Biaggi.

“Sikap dan tindakan beberapa ahli pasukan saya hari ini tidak boleh diterima! Saya memohon maaf secara terbuka kepada pasukan Tech3 Racing dan kepada Adriàn Fernàndez, atas apa yang berlaku. Menurut kod etika pasukan saya, ia tidak dibenarkan dalam apa cara sekalipun,” komen Biaggi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.