RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

27 Disember 2022

Gaya Epik Rai Kejayaan di MotoGP 2022!

Tahun 2022 sudah tinggal beberapa hari saja lagi. Tahun ini kita dapat nikmati perlumbaan tersohor MotoGP sebanyak 20 pusingan yang diadakan di seluruh dunia. Nikmat selepas beberapa tahun 'bertarung' dengan pandemik memberikan kita keseronokan yang luar biasa. Hal yang sama juga dirasai oleh para pelumba dan jom kita lihat perkongsian pilihan detik-detik luar biasa ini.

1. Grand Prix Jepun: Pada musim terakhir Jack Miller bersama Ducati, dia telah berjaya mencipta kemenangan di Motegi. Pelumba Australia itu tidak menjejakkan kakinya ke podium selama lebih setahun dan sudah pasti beliau sangat gembira apabila melepasi garisan penamat sebagai 'Sang Juara'. Boleh dikatakan, ini merupakan prestasi terbaik Miller dalam kerjayanya.

Jack Miller.
Jack Miller.

2. Grand Prix Argentina: Salah satu imej paling ikonik musim ini. Ia merupakan perlumbaan ke-200 dalam kelas perdana buat Aleix Espargaró (Aprilia Racing) dan berjaya meraih kemenangan pertamanya. Saat unik ini diraikannya bersama rakan senegara, Jorge Martin (Prima Pramac Racing) yang berada di tempat kedua.

Jorge Martin 'kiri' & Aleix Espargaro.
Jorge Martin 'kiri' & Aleix Espargaro.

3. Grand Prix Portugal: Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP™) meraikan kemenangan pertama untuk musim 2022, yang turut membolehkannya ketika itu mendahului carta keseluruhan kejuaraan dunia.

Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.

4. Grand Prix Indonesia: Miguel Oliveira (Red Bull KTM Factory Racing) menikmati kemenangan selepas mempamerkan tunggangan magik ketika bersaing dalam hujan di Litar Mandalika. Pelumba Portugis itu sekali lagi menjadi pemenang kelas prima, kali pertama dilakukannya sejak GP Catalan pada 2021.

Miguel Oliveira.
Miguel Oliveira.

5. Grand Prix Australia: Alex Rins (Suzuki Ecstar Team) meraikan kemenangan yang ditunggu-tunggu di litar Phillip Island bersama Marc Marquez (Repsol Honda Team) dan Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team). Pelumba bernombor '42' ketika itu tidak pernah menang sejak lebih daripada dua tahun.

Dari kiri: MArc Marquez, Alex Rins & Francesco Bagnaia.
Dari kiri: MArc Marquez, Alex Rins & Francesco Bagnaia.

6. Grand Prix Australia: Sekali lagi di Phillip Island, Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Racing Team) menakluki dan meraikan mahkota 'Rookie of the Year' yang diperjuangkannya sepanjang tahun walaupun sekadar menduduki tempat keempat.

Marco Bezzecchi.
Marco Bezzecchi.

7. Grand Prix Valencia: Selepas mengharungi musim yang penuh dengan pasang surut, Francesco Bagnaia 'Pecco' berjaya menobatkan dirinya sebagai Juara Dunia MotoGP™ buat kali pertama. Momen seperti ini juga cukup epik bukan sahaja buat Pecco tetapi juga para peminat MotoGP di seluruh dunia.

Juara MotoGP 2022, Francesco Bagnaia.
Juara MotoGP 2022, Francesco Bagnaia.

8. Grand Prix Valencia: Alex Rins memberi kemenangan terakhir buat pasukan Suzuki dalam MotGP sebelum perpisahan mereka. Pelumba berusia 27 tahun itu meraikan kemenangannya di podium bersama rakan senegaranya Jorge Martin 'kanan sekali', yang menduduki tempat ketiga. Penarikan diri pasukan Suzuki dari MotoGP merupakan antara berita paling sedih dan mengejutkan.

Alex Rins 'tengah'.
Alex Rins 'tengah'.

9. GP Qatar: Salah satu detik paling emosional musim ini! Enea Bastianini (Gresini Racing) menulis namanya dalam senarai elit pemenang Grand Prix MotoGP™. Pelumba Itali itu meraikan tempat pertama yang luar biasa itu bersama Pemilik Pasukan dan Pengetua Pasukan, Nadia Padovani. Suami Nadia yang juga pengasas pasukan itu, Fausto Gresini telah meninggal dunia akibat virus Covid 19.

Dari kiri: Enea Bastianini bersama Nadia Padovani.
Dari kiri: Enea Bastianini bersama Nadia Padovani.

10. Grand Prix San Marino: Grand Prix terakhir dalam karier Andrea Dovizioso yang telah mempamerkan tunggangan cukup luar biasa. Di hadapan penonton tuan rumah yang sudah pasti memberi sokongan padu serta memujanya, pelumba 'otai' dari Itali itu menamatkan perlumbaan buat kali ke-248 dan yang terakhirnya dalam kelas perdana.

Terima kasih & selamat bersara Andrea Dovizioso!
Terima kasih & selamat bersara Andrea Dovizioso!

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.