RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

24 Oktober 2024

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Model 'lagenda' YZF-R1 muncul pada tahun 1998, diikuti oleh R6 setahun kemudian, dikuti YZF-R7 yang ikonik. Bagi para peminat yang baru, Yamaha tawarkan R125 pada tahun 2008 diikuti R3 yang kini menjadi jentera pilihan untuk tunggangan harian termasuk perlumbaan di seluruh dunia.

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar menggunakan platform enjin CP3 tiga silinder yang bersesaran 890cc, sistem penyejuk cecair DOHC, 4-injap yang berkuasa 117hp dan tork 93Nm.

Sistem Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T) menawarkan prestasi cemerlang jentera ini tidak kira di jalanan biasa mahu pun di litar. Jurutera Yamaha juga memberi tumpuan untuk menghasilkan bunyi jentera CP3 ini yang menggetarkan jiwa.

Penggayaan: Bahagian hadapan dilengkapkan dengan lampu utama jenis LED yang nipis tetapi cukup terang. Ruang kemasukan udara di tengah-tengah adalah kesinambungan teknologi siri R bermula dari MotoGP, R1, R6 dan R25. Pada bahagian cermin sisi pula dipasangkan dengan lampu isyarat.

Fairing sisi nampak bersegi manakala bahagian 'ekor' pendek dan seperti kebanyakan jentera sportbike lain, R9 juga dirasakan hanya sesuai untuk seorang penunggang. Memeluk enjin model ini ialah kerangka gaya-Deltabox jenis aluminium yang ringan (9.7kg) tetapi bertegaran tinggi - bersesuaian dengan karaktornya.

R9 juga didatangkan dengan sistem elektronik moden, antaranya panel meter TFT, Traction Control (TCS), Slide Control (SCS), Brake Control (BC), Power Modes (PWR), Launch control (LC), Lift Control (LIF), Quick Shift System (QSS), Power Mode (PWR), Engine Brake Management (EBM), Back-slip Regulator (BSR), Cruise Control, Speed Limited, Yamaha MyRide dan Yamaha Ride Control.

Tidak dinafikan, model R6 merupakan antara model Yamaha yang menambat hati ribuan peminat jentera Sport. Oleh itu, pasukan jurutera Yamaha 'menggunakan' rekabentuk model supersport itu dan melakukan penambahbaikan pada R9. Proses mendapatkan aerodinamik terbaik telah dilakukan dalam Terowong Angin dan hasilnya terciptalah fairing hadapan, winglet dan spoiler.

Spesifikasi ringkas Yamaha R9:

  • Sistem saspensi depan generasi baru jenis Kayaba USD, 43mm dan boleh laras.
  • Brek hadapan jenis Brembo Stylema 320mm
  • Sistem ABS belakang boleh dimatikan
  • Bar hendal jenis 'clip-on'
  • Tuas gear jenis aluminium bertempa
  • Rim aluminium bertempa

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.