RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Kembara / 28 Ogos 2025

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Tarikh: 26 – 28 Julai 2025 | Laluan: Taiping → Cameron Highlands → Cherating → Temerloh → Taiping

Bersatu atas semangat brotherhood dan minat terhadap dunia permotoran, RSX-RS Crew Taiping menganjurkan satu program kembara 3 hari 2 malam yang melibatkan lebih 30 buah jentera Honda RS150R dan RSX150 merentas negeri ke destinasi popular di Pahang.

Dengan persiapan rapi di bengkel rasmi kelab, Tupai Motor Taiping, setiap motosikal diservis sepenuhnya sebelum berlepas — dari pemeriksaan keselamatan, tekanan angin, hinggalah ke pelarasan rantai dan brek. Keselamatan dan prestasi menjadi keutamaan sepanjang ride.

Hari Pertama: Dingin Cameron, Panas Cherating

Perjalanan bermula seawal jam 7.00 pagi dari Plaza Tol Kamunting, menyusuri laluan berbukit Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands. Walaupun berhadapan selekoh curam dan cuaca berkabus, motosikal peserta kekal stabil — hasil penggunaan rantai D.I.D, yang terkenal dengan ketahanan dan kelancarannya dalam pelbagai kondisi.

Di Cameron Highlands, peserta menikmati keindahan ladang Teh Bharat dan berpeluang bersantai di Kea Farm serta Hobbit Town. Selepas 'brunch' steamboat, konvoi meneruskan perjalanan ke Raub dan Bentong, sebelum tiba di Cherating pada jam 5.30 petang. Suasana petang di pantai yang cukup tenang...damai... memberi ruang istirehat sebelum makan malam bersama di warung seafood berhampiran pantai.

Hari Kedua: Jelajah Alam dan Budaya Pantai Timur

Ahad bermula dengan sarapan di Warung Kampung Cherating. Peserta kemudian melawat Herating Turtle Sanctuary dan menyusuri River Cruise Cherating untuk melihat habitat kelip-kelip. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Kuantan—menyinggah di Bukit Goh, Teluk Cempedak, dan Masjid Negeri.

Di pertengahan hari, cuaca agak panas dan permukaan jalan pelbagai rupa. Namun motosikal kekal tenang di atas jalan berkat penggunaan tayar Tashimurai. Tayar ini direka khusus untuk perjalanan jarak jauh dan cengkaman yang kuat, walau di jalan basah dan berpasir. Perjalanan petang itu diteruskan ke Bandar Diraja Pekan dan akhirnya kembali ke homestay untuk sesi BBQ santai.

Hari Ketiga: Balok, Temerloh & Pulang Penuh Makna

Aktiviti pagi hari Isnin dimulakan dengan singgahan santai di Pantai Balok, menyerap udara segar Laut China Selatan sebelum bergerak ke Temerloh. Di sana, peserta menikmati makan tengah hari di Restoran Saiful Patin Gulai Asam, cukup terkenal dengan masakan patin yang kaya rasa dan membuka selera.

Sepanjang tiga hari ride ini, enjin motosikal berfungsi dengan lancar tanpa sebarang isu overheating—berkat sokongan MO2 Lubricants, minyak enjin berprestasi tinggi yang terbukti mengekalkan suhu enjin dan prestasi optimum, terutama di laluan jauh dan mendaki.

Konvoi kemudian meneruskan perjalanan pulang melalui laluan Temerloh → Karak → Genting Sempah → Goh Tong Jaya → Batang Kali, dan selamat tiba di Taiping sekitar jam 5.30 petang.

Terima Kasih Penaja & Sokongan Crew Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 bukan sekadar perjalanan. Ia adalah simbol kekuatan persaudaraan, kepatuhan pada disiplin konvoi, serta sokongan jitu rakan penaja:

  • Tupai Motor Taiping – Bengkel rasmi kelab dan penyedia servis motosikal sebelum ride.
  • D.I.D Malaysia – Rantai motosikal berprestasi tinggi yang menjamin kelancaran.
  • Tashimurai – Tayar tahan lasak dengan cengkaman padu di semua permukaan.
  • MO2 Lubricants – Minyak enjin terbaik yang menjaga jentera sepanjang kembara.

Dengan perancangan yang rapi dan kerjasama semua ahli serta penaja, program ini menjadi kenangan manis dan motivasi untuk ride-ride yang akan datang.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Dari Malaysia ke London, Bing Moto Jelajah 26 Buah Negara

Ride Santai Bersama Yamaha XMAX 250

BATAM RIDE 2025

TM Bikers Ride ke Philippines 2025

Versys Explore The Unexplored (ETU) 2025: Bukan Sekadar 'Ride & Camp'!

Loop 700km Kembara Jakarta Bandung Indonesia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.