RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 September 2020

Kejuaraan SIC MiniGP Pusingan 2: Qabil Irfan dan Hakim Danish Gah Kemenangan

Qabil Irfan dan Muhammad Hakim Danish meraih kemenangan berturut-turut di Kejohanan SIC MiniGP Pusingan 2 yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) pada awal September lalu. Qabil, juara Pusingan 1 bagi kategori 110cc, mengekalkan kedudukannya di tangga teratas dengan catatan masa 14 minit 49.340 saat (Perlumbaan 1) dan 14 minit 54.053 saat dalam Perlumbaan 2. Pelumba muda ini berjaya menewaskan pencabar terdekat, Adie Putra di tempat kedua dan Awwal Haiqal di tempat ketiga.

Bagi kategori 160cc pula, cuaca yang baik pada hari itu membantu Hakim Danish menggungguli Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 dengan cemerlang sekali. Walaupun memulakan perlumbaan di petak akhir berikutan kemalangan di sesi kelayakan awal pagi, Hakim terus beraksi seperti Marc Marquez dengan memotong setiap pelumba untuk merebut kembali kedudukan pertama.

Dalam saingan pertama Irfan Haykal menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti Amirun Haziq di tempat ketiga. Situasi sedikit berbeza dalam perlumbaan 2 selepas Farres mempamerkan tunggangan bertenaga untuk merebut tempat kedua dengan menewaskan Irfan di tempat ketiga. Nasib tidak menyebelahi Farish Hafiy apabila penunggang bernombor 13 ini terbabit dalam kemalangan di selekoh pertama. Farish tidak dapat meneruskan perlumbaan dan telah menerima rawatan dengan lebih lanjut di hospital.

Hasil dari bimbingan daripada bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin dan para mekanik yang terlatih dari pasukan ZK Racing, para pelumba cilik kini berjaya mempelajari prosedur dan cara perlumbaan yang profesional.

Dalam perlumbaan kali ini, kita dapat melihat pelumba-pelumba muda mula menunjukkan aksi yang lebih baik. Mereka dapat memberi maklum balas seperti penunggang profesional kepada para mekanik. Mereka dapat berkomunikasi dan berkongsikan info penting seperti apa yang perlu diperbaiki dan dilakukan agar jentera lebih kompetitif.

Hakim Danish berkata, “Syukur atas kejayaan menjadi juara pada pusingan ini. Perlumbaan 1 agak sengit jika dibandingkan dengan Perlumbaan 2. Saya berasa lebih selesa dengan jentera lumba dan prestasi saya juga meningkat. Saya berharap agar dapat lakukan yang terbaik untuk pusingan yang akan datang.”

Pusingan 3 akan berlangsung pada 25 Oktober 2020 dan diikuti dengan pusingan seterusnya yang dijadualkan pada 15 November dan pusingan akhir pada 6 Disember 2020. RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.