RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 September 2026

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Pelumba muda Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mempamerkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan moto3 dalam GP San Marino di tempat ke-12 selepas memulakan saingan dari petak ke-25 akibat penalti grid.

Pada pusingan pertama Hakim berjaya membaiki kedudukan untuk berada di tempat ke-22 seplepas memintas tiga pelumba. Rentak tunggangan pelumba berusia 19 tahun itu semakin baik apabila memintas beberapa pelumba lagi untuk berada di tempat ke-18 di pusingan keempat.

Walaupun beberapa kali kehilangan kedudukan dalam persaingan rapat, pelumba kelahiran Terengganu itu kembali menyerang untuk berada di tempat ke-16 pada pusingan ketujuh.

Memasuki pusingan kelapan, Hakim Danish sudah berada di tempat ke-15 dan mula menghampiri kelompok kutipan mata. Beliau kemudian terbabit dalam pertarungan sengit bersama beberapa pelumba lain, di mana kedudukannya beberapa kali bertukar antara tempat ke-14 dan ke-15 sehingga pertengahan perlumbaan.

Memasuki fasa akhir perlumbaan, Hakim Danish terus mengekalkan tekanan sebelum berjaya naik ke tempat ke-13 pada pusingan ke-18 dan ke-19. Beliau akhirnya melintasi garisan penamat di tempat ke-12 dan berjaya membawa pulang mata berharga buat pasukan.

Keputusan itu membolehkan Hakim Danish membawa pulang empat mata tambahan bagi meningkatkan kutipan keseluruhannya kepada 94 mata dan kini menduduki tempat kelapan dalam kedudukan keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.