RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Oktober 2026

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir yang berlangsung di Litar Mobility Resort Motegi. Juara Dunia 2025 itu berjaya menewaskan Jorge Martin (Aprilia Racing) untuk merapatkan jurang mata kepada hanya dua mata menjelang perlumbaan seterusnya di Indonesia.

Martin memulakan perlumbaan dari petak pertama dan mengekalkan kedudukan pendahulu pada peringkat awal diikuti Marquez dan Marco Bezzecchi (Aprilia Racing). Namun, Marquez mula memberikan tekanan sebelum melakukan gerakan memotong di selekoh kesembilan pada pusingan ke-11 untuk merampas kedudukan pendahulu.

Selepas mendahului perlumbaan, Marquez berjaya mengekalkan rentak konsisten meskipun Martin cuba merapatkan jurang. Marquez turut mencatat masa terpantas perlumbaan 1:43.291 saat bagi melebarkan kelebihan sebelum melintasi garisan penamat untuk meraih kemenangan ke-79 dalam kariernya.

Martin melepasi garisan penamat di tempat kedua manakala Bezzecchi mempertahankan kedudukan ketiga daripada tekanan hebat Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3). Bastianini menampilkan aksi cemerlang pada penghujung perlumbaan dengan mencatat empat pusingan terpantas berturut-turut, tetapi terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat.

Beberapa pelumba lain turut mengutip mata termasuk Raul Fernandez di tempat kelima, Ai Ogura keenam dan Pedro Acosta ketujuh. Francesco Bagnaia pula menamatkan perlumbaan di tempat kelapan manakala Fermin Aldeguer dan Luca Marini masing-masing melengkapkan kelompok 10 terbaik.

Keputusan di Motegi menyaksikan Martin masih mendahului kejuaraan dunia dengan 333 mata dan Marquez dengan 331 mata. Bezzecchi pula berada di tempat ketiga dengan ketinggalan 49 mata. Persaingan kejuaraan kini semakin sengit menjelang Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, Lombok. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.