RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Disember 2020

Jonathan Rea Juara WSBK Kali ke-6 Berturut-turut!

Hebat… Mantap… Cemerlang…. Itulah ucapan terbaik untuk pelumba kelahiran Ireland, Jonathan Rea (Kawasaki Racing) yang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan WSBK 2020 pada saingan terakhir musim ini walaupun menamatkan cabaran di tempat keempat. Dengan kelebihan hanya tiga mata di hadapan Scott Redding, takhta kejuaraan musim ini berada dalam genggaman Rea apabila Redding gagal untuk memberi cabaran pada Perlumbaan 1. Lebih membanggakan, ia merupakan kemenangannya untuk kali keenam berturut-turut dan sejarah baru kini tercipta.

Jonathan Rea, antara pelumba terbaik WSBK sepanjang zaman.
Jonathan Rea, antara pelumba terbaik WSBK sepanjang zaman.
Para pemenang Perlumbaan 1 WSBK. Dari kiri: Davies, Razgat lioglu dan Gerloff.
Para pemenang Perlumbaan 1 WSBK. Dari kiri: Davies, Razgat lioglu dan Gerloff.

Pada umur 33 tahun, Rea telah mempertontonkan tunggangan yang bertenaga dalam Perlumbaan 1 untuk meraih mata berharga. Rea juga telah membuktikan kesungguhannya yang cukup tinggi demi mengejar impian untuk bergelar juara. Walaupun perlumbaan musim ini menerima pelbagai cabaran terutamanya pandemik Covid-19, ia tidak menghalang Rea mengerahkan jentera Kawasaki ZX-10Rnya untuk meraih kemenangan demi kemenangan di setiap pusingan.

Rinaldi -21- cuba menyekat kemaraan Haslam -91-, Lowes -22- & M. Van Der Mark.
Rinaldi -21- cuba menyekat kemaraan Haslam -91-, Lowes -22- & M. Van Der Mark.
Dua rakan sepasukan, Alvaro Bautista -19- dan Leon Haslam masing-masing berada di tangga ke 9 dan 10 carta keseluruhan musim ini.
Dua rakan sepasukan, Alvaro Bautista -19- dan Leon Haslam masing-masing berada di tangga ke 9 dan 10 carta keseluruhan musim ini.

Perlumbaan 1 telah dimenangi oleh Toprak Razgatlioglu (Pata Yamaha WorldSBK Official Team) yang menayangkan corak tunggangan cukup bertenaga untuk menewaskan Chaz Davies dengan perbezaan masa sekitar 3.039s. Tempat ketiga juga telah dimenangi oleh pelumba Yamaha iaitu Garrett Gerloff.

Perlumbaan 2 lebih menarik. Selepas muncul juara keseluruhan, Rea kini mempunyai sasaran baru iaitu untuk meraih kemenangan ke-100 kariernya dalam perlumbaan WSBK tetapi nampaknya dia terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan untuk merealisasikan impiannya itu selepas terbabas di pertengahan saingan.

Pasukan Yamaha cukup berbangga dengan prestasi Razgatlioglu yang meraih tempat keempat keseluruhan WSBK 2020.
Pasukan Yamaha cukup berbangga dengan prestasi Razgatlioglu yang meraih tempat keempat keseluruhan WSBK 2020.

Bermula di posisi pole, Razgatlioglu menerima saingan hebat daripada Davies yang kemudiannya berjaya me-mintasnya untuk memimpin perlumbaan. Razgatlioglu dipaksa bekerja keras oleh Rea tetapi hanya untuk beberapa lap sebelum juara 2020 itu terjatuh. Walaupun bangun dan sambung semula, Rea hanya mampu untuk berada di tempat ke-14.

Dari kiri, Redding, Davies & Razgatlioglu mengungguli saingan akhir WSBK 2020.
Dari kiri, Redding, Davies & Razgatlioglu mengungguli saingan akhir WSBK 2020.
Davies akhirnya berjaya menduduki tempat pertama dalam Perlumbaan 2.
Davies akhirnya berjaya menduduki tempat pertama dalam Perlumbaan 2.

Davies yang semakin selesa di hadapan tidak lagi menerima tentangan daripada Razgatlioglu yang juga selesa di tempat kedua. Davies meraih kemenangan penuh bererti kerana ia juga adalah perlumbaan terakhirnya dengan pasukan Aruba Ducati selepas tujuh tahun bersama. Redding berjaya menewaskan Razgatlioglu di saat-saat akhir untuk mendapat tempat kedua.

Kedudukan Keseluruhan WSBK 2020

  1. Jonathan Rea (360 mata)
  2. Scott Reading (305 mata)
  3. Chaz Davies (273 mata)
  4. Toprak Razgatlioglu (228 mata)
  5. Michael van der Mark (223 mata)

WORLDSSP

Juara musim ini, Andrea Locatelli terus cemerlang dengan menjuarai Perlumbaan 1 dan naib juara dalam Perlumbaan 2. Pelumba muda ini berjaya memimpin saingan dengan tenang dan tangkas walaupun diberi tekanan demi tekanan oleh para pencabar di belakangnya. Seperti yang dikatakan sebelum ini, Locatelli merupakan pelumba yang cukup berbakat – mencatatkan kemenangan sempurna hampir di setiap pusingan.

Keunggulan Andrea Locatelli -55- dalam saingan WorldSSP tahun ini cukup mengagumkan.
Keunggulan Andrea Locatelli -55- dalam saingan WorldSSP tahun ini cukup mengagumkan.

Dengan prestasi yang benar-benar memukau, Locatelli telah disunting oleh pasukan Pata Yamaha Factory dalam saingan WSBK untuk musim 2021. Selepas berjaya mendominasi saingan pertama, Locatelli menerima saingan sengit daripada pelumba Kawasaki, Lucas Mahias dan Raffaele De Rosa (MV Agusta Reparto Corse).

Mahias berjaya menewaskan Locatelli dengan perbezaan masa hanya 0.886s manakala De Rosa pula melintasi garisan penamat 0.002 saat selepas itu. Memang sangat rapat.... sangat sengit!

Juara WorldSSP300 2020, Jeffrey Buis dari pasukan MTM Kawasaki Motoport.
Juara WorldSSP300 2020, Jeffrey Buis dari pasukan MTM Kawasaki Motoport.

WORLDSSP 300

Tahniah buat pasukan Kawasaki yang berjaya meraih kemenangan dalam Perlumbaan 1 dan 2 menerusi Mika Perez dan Koen Meuffels yang berentap hebat untuk membuktikan siapa lebih mampu berada di tangga tertinggi podium. Perez yang menang di awal saingan tidak diberi peluang oleh pencabarnya sebaik sahaja Perlumbaan 2 dimulakan. Meuffels dan Samuel Di Sora yang juga menunggang Kawasaki tidak memberi peluang untuknya melarikan diri.

Tiga pelumba yang mendominasi saingan akhir WSSP300. Dari kiri: Di Sora, Meuffels & Perez.
Tiga pelumba yang mendominasi saingan akhir WSSP300. Dari kiri: Di Sora, Meuffels & Perez.

Selepas cuba mempertahankan kedudukannya beberapa kali, Perez terpaksa menyerah kalah kepada kedua-dua pencabarnya itu yang lebih terdahulu menerima kibaran bendera penamat.

Mike Perez -8- memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir dengan cukup sempurna.
Mike Perez -8- memimpin perlumbaan dari awal hingga akhir dengan cukup sempurna.

Tahniah buat semua pelumba, pasukan dan penganjur. Tahun ini sememangnya amat berbeza dan memberi cabaran buat semua pihak termasuklah para pencinta sukan permotoran. Diharap kita akan menikmati persaingan WSBK 2021 dengan lebih menarik. RR

Kredit gambar: WSBK

Isu Pada

Disember 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.