RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Februari 2021

Alex Rins Sedia Tewaskan Joan Mir

Saingan MotoGP untuk musim 2021 sudah semakin dekat. Para pelumba semakin bersedia dan bersemangat untuk kembali ke litar termasuklah pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins yang menyefatkan dirinya kini di tahap kecergasan terbaik untuk menggalas cabaran.

Rins yang kini berada di kem latihannya di Portimao, Portugal mengatakan persaingan utama ialah dari segi prestasi dan dia perlu lebih fokus kerana rakan sepasukannya, Joan Mir kini adalah juara dunia. “Mir adalah rakan dan saingan pertama untuk saya kalahkan. Saya akan memberikan 100% untuk menewaskannya kali ini,” kata Alex Rins.

“Mir meraih gelarannya tahun lepas dan akan berusaha keras untuk mempertahankannya. Melihat kepada prestasi para pelumba lain tahun lepas, sememangnya saingan sangat kuat dan tinggi sehingga banyak pemenang yang berbeza. Perlumbaan yang berterusan tanpa henti seperti musim lalu memang mencabar dan kunci untuk menjadi juara dunia adalah perlu sentiasa berada di depan (membuat serangan),” tambahnya.

Alex Rins juga menyatakan tentang kembalinya nanti Marc Marquez. “Agak sukar untuk katakannya kerana tidak banyak yang kita tahu. Ya, semua orang banyak bercakap, tetapi tidak ada yang tahu keadaan sebenarnya. Marc selalunya cepat pulih dan akan kembali kuat, jadi mari kita lihat apa yang akan berlaku nanti.”

Rins turut berkongsikan bahawa dia agak terkejut dengan keputusan pengurus pasukannya, Davide Brivio untuk keluar dari Suzuki Ecstar. “Saya akan merinduinya kerana kami selalu berborak, ketawa bersama dan dia sering memberi nasihat yang bagus. Dia ada nyatakan hasratnya untuk tinggalkan pasukan tetapi saya ingat dia bergurau. Saya harap dapat berjumpa dengannya lagi di mana-mana perlumbaan dan selamat maju jaya dalam F1.”


Davide Brivio
Davide Brivio

Selaku pencinta MotoGP, kita juga sudah tidak sabar lagi untuk melihat aksi Alex Rins dalam saingan musim ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.