RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Mac 2021

'ABANG POWER' Ahmad Fuad Baharuddin perkenal dua muka baru untuk pasukan Honda AFB Tech Racing

Bersempena saingan cub prix musim 2021, Honda AFB Tech Racing akan memperkenalkan dua muka baru iaitu Awal Mohd Alfikri bagi kategori CP125 dan Adib Hareez Hazwat untuk slot Wira.

Awal Mohd Alfikri, yang menyertai pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing pada musim 2020, sememangnya teruja dengan peluang ini lebih-lebih lagi apabila dapat menimba ilmu daripada bekas juara dan pelumba veteran negara, Ahmad Fuad Baharudin.

Sementara itu, Adib Hareez Hazwat akan membuat penampilan sulung dalam kategori Wira KBS. Pelumba muda kelahiran Melaka itu menduduki tempat ke-6 keseluruhan dalam Cabaran Honda Dash 125 2020. Pada masa yang sama, pelumba pasukan Wira tahun 2020 iaitu Abdullah Qayyum kekal bersama pasukan ini tetapi akan memberi cabaran dalam saingan CP125.

Pasukan kendalian Ahmad Fuad Baharudin juga memutuskan untuk menggunakan corak warna yang sama seperti musim 2020. “Tahun ni pasukan masih mengekalkan ‘livery’ yang sama sebab tahun lepas tak puas lagi pakai livery ini,” kata Ahmad Fuad. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.