RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 Mac 2021

MotoGP: Sesi Ujian Pra-Musim di Qatar - Jack Miller Paling Pantas

Selepas lima hari kerja keras di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, Jack Miller (Ducati Lenovo Team) telah mempamerkan tunggangan luar biasa untuk meletakkan dirinya sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 1:53.183s. Dalam sesi tersebut, Jack telah dikejar oleh tiga pelumba Yamaha iaitu Maverick Vinales, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli yang menyatakan semakin mendapat keserasian dengan jentera masing-masing.

Jack Miller
Jack Miller

Fabio Quartaro Positif, Top Speed Yamaha Masih Ketinggalan

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo memperkenalkan fairing dan mudguard aero baru. Namun begitu, kelemahan paling jelas ialah pada tahap kelajuan maksimum yang masih agak jauh berbanding Honda dan Ducati. Maverick dan Fabio yang cukup positif dengan casis baru selepas mencuba 'banyak perkara' untuk mencari keserasian. Kedua-dua pelumba yakin dan bersedia untuk bersaing dengan casis baru itu.

Fabio Quartararo
Fabio Quartararo
Maverick Vinales
Maverick Vinales

Pol Espargaro Puas Hati!

Pelumba pasukan Repsol Honda, Pol Espargaro menyifatkan penampilan sulungnya bersama jentera Honda RC213V bagaikan 'penyembuh kesakitan' selepas penanti penuh sabar sejak musim sejuk tempohari. Pelumba Sepanyol itu mencatatkan masa antara yang terbaik untuk tamatkan sesi ujian rasmi antara 10 pelumba terpantas.

Pol Espargaro
Pol Espargaro

Honda membawa tiga casis berbeza ke Qatar. Satu adalah unit 'standard 2020', satu lagi unit karbon yang disepadukan pada kerangka dan casis yang serba baru. Ketiga-tiga casis tersebut memberikan tindakbalas yang berbeza dan semuanya disukai oleh para pelumba Honda. Marc Marquez akhirnya memuatnaik videonya di sesi latihan bersama jentera 'minimoto' baru-baru ini. Marc turut berkongsi di laman instagram tentang keterujaannya untuk kembali ke litar selepas lapan bulan tidak beraksi.

Joan Mir perlu lebih masa....

Joan Mir
Joan Mir
Alex Rins
Alex Rins

Pasukan Suzuki Ecstar turut menggunakan casis dan lengan ayun baru pada jentera mereka. Juara MotoGP 2020, Joan Mir menegaskan bahawa rentak mereka sedikit perlahan berbanding pasukan lain tetapi tidaklah terlalu jauh. Mir katakan: “Kami cukup kompetitif, kami tidak perlahan dan ia hanya sesi ujian sahaja.”

Joan Mir menyempurnakan sesi ujian rasmi di tangga ketujuh diikuti rakan sepasukannya Alex Rins di tangga kelapan.

Rossi 'Happy' dengan pasukan baru

Valentino Rossi
Valentino Rossi
Valentino Rossi
Valentino Rossi

Valentino Rossi menyifatkan sesi ujian rasmi berjalan dengan sangat lancar walaupun ada beberapa ketika keadaan tidak seperti yang dirancang. Bersaing untuk musim ke-26 buat dirinya, Valentino berpuas hati denganrentak dan keadaan persekitaran pasukan barunya. “Prestasi kami semakin hari semakin baik dan saya rasa kami sudah bersedia untuk melangkah ke musim baru.” RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.