RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 April 2021

Marc Marquez Kembali Ke Litar, 100% Cergas Untuk Berlumba

Sembilan bulan selepas mengharungi proses pemulihan akibat kecederaan teruk di bahagian tangannya, juara dunia lapan kali, Marc Marquez telah disahkan cergas sepenuhnya untuk kembali bersaing. Marc telah menunjukkan betapa dalamnya cintanya pada MotoGP dan betapa kuatnya semangat anak Sepanyol ini untuk terus mencipta nama.

Keputusan itu ternyata menggembirakan pasukan, penaja dan semestinya para peminat MotoGP. Rata-ratanya menjangkakan Marc akan berhati-hati tetapi akan sedaya upaya untuk terus menonjol dan memberi cabaran buat para pelumba teratas. Sememangnya benar, Marc Marquez merupakan antara pelumba yang cukup berani mengambil risiko walaupun masih tercedera. Lihat saja semangatnya pada saingan-saingan sebelum ini. Sanggup menahan sakit demi kejuaraan.

Apa pun, semua ahli sukan atau manusia biasa pasti memerlukan sedikit masa untuk dapatkan rentak dan ketajaman seperti sediakala selepas 'berehat' lama dan ini juga mungkin dirasakan oleh Marc. Sesi latihan amat penting buat Marc agar dapat menilai semula setiap deria, keberanian dan pemikirannya terhadap litar serta mesin. Apa yang pasti ialah, MotoGP adalah hidupnya... tidak mustahil Marc baru ini akan lebih padu!

Pusingan MotoGP seterusnya akan diadakan di Litar Portimao pada 18 April ini. Marc belum pernah lagi beraksi di sini...sama-sama kita tunggu. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.