RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 April 2021

Adam Norrodin Raih Podium di Estoril

Tahniah diucapkan buat pelumba negara, Adam Norrodin dari pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing yang berjaya berdiri megah di podium selepas meraih tempat ketiga dalam saingan Moto2 di perlumbaan pertama Kejuaraan FIM CEV Repsol 2021 yang diadakan di Litar Estoril, Portugal, Ahad lalu.

Dalam perlumbaan pertama, Adam berada di petak keempat bermula dengan cukup baik untuk memberi cabaran kepada kumpulan hadapan yang diungguli oleh Fermin Aldeguer, Alonso Lopez dan Lucas Tulovic yang juga dari pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing. Fermin dan Alonso saling memintas manakala rakan sepasukan Adam terlibat dalam kemalangan seterusnya memberi peluang untuknya menerima kedudukan podium yang pertama pada musim ini.

Adam tenang menunggu saingan dimulakan.
Adam tenang menunggu saingan dimulakan.
Lukas Tulovic '3' dan Adam beradu tenaga untuk termpat ketiga.
Lukas Tulovic '3' dan Adam beradu tenaga untuk termpat ketiga.

Salam perlumbaan kedua pula, Adam mengakui telah melakukan sedikit kesilapan di awal saingan tetapi mampu untuk mengekalkan rentak dari awal hingga akhir. Sayangnya Adam menamatkan persaingan di tempat keempat dengan catatan masa 30:51.207s.

Adam 'kiri' bersama Pengurus Pasukan, Zulfahmi Khairuddin.
Adam 'kiri' bersama Pengurus Pasukan, Zulfahmi Khairuddin.

“Saya bersyukur kerana mencapai sasaran saya untuk berada di podium pada perlumbaan pertama dan ingin mengucapkan kepada krew-krew yang telah bekerja keras. Ia adalah minggu yang sempurna dan akan terus memperbaiki kelemahan untuk saingan di Valencia selepas ini,” kata Adam. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.