RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Mei 2015

MotoGP 2015 : Pusingan 1 & 2 Qatar & US. Rossi 1, Marquez 1!

Seorang berumur 36 tahun manakala seorang lagi baru 22 tahun dan kedua-duanya bagaikan raja yang sedang berentap hebat untuk mendapatkan kemenangan mutlak. Inilah senario yang sedang dan bakal terus berlaku antara Valentino Rossi dan Marc Marquez! Selamat datang ke dunia MotoGP 2015! Musim baru yang bakal memberi kejutan demi kejutan terutamanya daripada pasukan-pasukan popular seperti Yamaha Racing, Repsol Honda dan Ducati Racing.

 Dari kiri: Andrea Iannone & Andrea Dovizioso.
Dari kiri: Andrea Iannone & Andrea Dovizioso.

Tidak terkecuali juga, inilah musim paling penting buat khemah-khemah baru seperti Suzuki Racing dan Aprilia Racing mencari kelebihan dan kelemahan masing-masing untuk terus menggalas cabaran dalam perlumbaan terhebat dunia dua roda.

Perlumbaan pembuka tirai telah dilangsungkan di Litar Losail, Qatar pada akhir Mac lalu ternyata memperlihatkan kemajuan dan kemampuan setiap pasukan. Semua peminat MotoGP tidak sabar-sabar lagi ingin tahu sama ada adakah Lorenzo dan Rossi mampu memberi lebih tekanan pada pasukan Honda terutamanya. Kita juga ingin melihat kemampuan jentera Honda yang ditunggangi oleh juara bertahan, Marc Marquez dan kemantapan enjin Desmosedici GP15 baru milik pasukan Ducati yang diperah oleh dua Andrea iaitu Dovizioso dan Iannone.

Kisah di litar Qatar memang cukup menarik. Rossi muncul juara tetapi diberi asakan hebat oleh Dovizioso. Lorenzo pula bernasib malang selepas topi keledarnya rosak sewaktu sedang memimpin perlumbaan manakala Marquez 'ditolak' keluar di awal perlumbaan menyebabkan pelumba Sepanyol ini hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kelima selepas memintas beberapa pelumba lain.

Valentino Rossi juara di litar Losail, Qatar.
Valentino Rossi juara di litar Losail, Qatar.

Kejayaan Rossi itu juga merupakan penyuntik semangat utama untuk dirinya dan pasukan agar terus memberi cabaran kepada para pelumba yang kebanyakannya jauh lebih muda. Bagi Ducati pula, berdirinya dua 'A' di atas podium membuktikan bahawa mereka kini bukan lagi pasukan belasahan sebaliknya mampu kembali bersinar seperti di zaman kegemilangan mereka bersama Casey Stoner lalu.

Jorge Lorenzo terlepas peluang menaiki podium di litar Qatar disebabkan topi keledarnya yang mengalami masalah.
Jorge Lorenzo terlepas peluang menaiki podium di litar Qatar disebabkan topi keledarnya yang mengalami masalah.

Qatar ditinggalkan untuk meneruskan saingan pusingan kedua di litar Americas dan di sinilah magik Marquez ternyata menjadi. Sedang berusaha gigih mencipta masa terpantas, panel meter jentera Marquez mengeluarkan tanda amaran ketika dalam perjalanan keluar daripada kawasan pit menyebabkan enjin terpaksa dimatikan. Marquez berlari untuk mendapatkan jentera keduanya, terus memecut dan bukan sahaja berjaya mendapatkan catatan masa terpantas tetapi juga mampu untuk memecahkan rekod lamanya.

Valentino Rossi bersalaman dengan Andrea Dovizioso setelah bersaing hebat di Litar Americas.
Valentino Rossi bersalaman dengan Andrea Dovizioso setelah bersaing hebat di Litar Americas.

Bermula di petak pertama, Marquez pastinya terkejut apabila dipintas pelumba Ducati di awal saingan dan memimpin perlumbaan selama empat lap sebelum dipintas oleh pelumba Repsol Honda yang membrek dengan sangat-sangat lambat. Melihat Marquez mula mengorak langkah, Rossi beberapa kali cuba untuk menewaskan Dovizioso tetapi segala usahanya itu dipatahkan dengan agak mudah. GP15 nampak lebih berkuasa terutamanya apabila tiba di laluan lurus.

Andrea Iannone kini semakin garang menunjukkan taringnya.
Andrea Iannone kini semakin garang menunjukkan taringnya.

Usaha Rossi berhasil tetapi tidak mampu bertahan lama kerana akhirnya dia dipintas semula ketika perlumbaan berbaki enam lap. Dovizioso terus membuka pendikit untuk menamatkan perlumbaannya di tempat kedua manakala Rossi di tempat ketiga. “Ya....jentera Ducati musim ini sangat kompetitif dan keputusan ini sangat istimewa buat saya dan seluruh pasukan. Saya yakin ini adalah titik permulaan untuk masa depan yang cemerlang,” komen Dovizioso.

Dengan kemenangan pertama ini sudah pasti Marquez kini lebih bersemangat untuk terus mendapatkan mata tertinggi di setiap pusingan. “Saya amat gembira dengan keputusan ini selepas mesin mengalami masalah. Saya bermula dengan baik dan memberikan fokus sebaik mungkin kerana cengkaman tayar tidak begitu sempurna,” kata juara pusingan kedua, Marc Marquez.

Pasukan Yamaha kali ini terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tempat ketiga dan keempat menerusi pelumba mereka Rossi dan Lorenzo manakala pencabar terbaru, jentera Suzuki yang dipacu oleh Alex Espargaro dan Maverick Vinales menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-9. RR
 

Isu Pada

Mei 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.