RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Jun 2021

Yamaha Gegar Litar Assen Dengan Kemenangan 1-2

Litar Assen, Netherlands memberikan keputusan cemerlang buat pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP selepas pelumba mereka iaitu Fabio Quartararo dan Maverick Vinales meraih kemenangan 1-2 dalam satu persaingan yang cukup mengujakan. Vinales yang telah lama mencari kemenangan dalam beberapa pusingan sebelum ini berusaha sepenuh tenaga untuk mendapatkan petak pertama. Pelumba dari Sepanyol itu juga menyasarkan untuk mencatatkan kemenangan keduanya di litar ini seperti yang dilakukannya pada tahun 2019 lalu.

Fabio Quartararo '20' bermula dengan sempurna untuk memimpin perlumbaan.
Fabio Quartararo '20' bermula dengan sempurna untuk memimpin perlumbaan.
Pecco '63' akhirnya akur dengan kepantasan jentera Yamaha M1 milik Fabio.
Pecco '63' akhirnya akur dengan kepantasan jentera Yamaha M1 milik Fabio.

Ketika lampu merah dipadamkan, Quartararo melakukan holeshot dari petak kedua dan terus 'memancung' Maverick untuk memimpin perlumbaan. Namun begitu, posisinya itu hanya sementara. Dia dipintas oleh Francesco Bagnaia (Pecco) tidak lama kemudian. Turut mempamerkan tunggangan mantap ialah pelumba pasukan LCR Honda Idemitsu, Takaaki Nakagami dan juara bertahan, Joan Mir dari pasukan Suzuki Ecstar.

Takaaki Nakagami hampir berjaya meriah podium.
Takaaki Nakagami hampir berjaya meriah podium.
Apakah yang membuatkan Maverick Vinales tidak begitu gembira walaupun berjaya ke podium.
Apakah yang membuatkan Maverick Vinales tidak begitu gembira walaupun berjaya ke podium.

Takaaki berjaya mengekori rapat Fabio dan Pecco hampir di separuh persaingan manakala Joan yang bermula di belakang telah pantas memintas beberapa orang pelumba untuk bersama kelompok depan. Maverick yang tercicir sedikit di belakang dicabar pula oleh Johann Zarco yang sememangnya terkenal dengan tunggangan agresif.

Joan Mir gembira dengan kejayaannya ke podium.
Joan Mir gembira dengan kejayaannya ke podium.

Di depan, Fabio dan Pecco saling bertukar kedudukan. Jentera Yamaha mempuyai kelebihan di litar ini. Ia lebih stabil untuk membuat serangan dalam sekeloh tetapi apabila tiba di laluan lurus, jentera Ducati ternyata lebih laju. Fabio akhirnya membuat serangan di beberapa selekoh sebelum laluan lurus agar sukar untuk Pecco membuat serangan balas. Dia berjaya! Sedikit demi sedikit, jarak di antara kedua pelumba itu makin jauh dan memberi keyakinan buat Fabio untuk mencari kemenangan.

Garrett Gerloff dari WSBK cukup berbangga dapat peluang bersaing di MotoGP.
Garrett Gerloff dari WSBK cukup berbangga dapat peluang bersaing di MotoGP.

Pecco kemudiannya dipintas oleh Takaaki dan tidak lama selepas itu, dia juga telah dikenakan penalti atas kesalahannya melangkaui batas litar. Sedang dia mengejar podium pertamanya, Takaaki melakukan kesilapan yang menyebabkan dia dipintas beberapa orang pelumba. Pelumba Jepun itu akhirnya tamat di tempat kesembilan.

Maverick yang akhirnya berjaya berada di posisi kedua cuba mengejar Fabio tetapi sudah terlambat. Fabio menikmati kemenangan keempatnya dengan penuh bergaya dan menambah lagi 25 mata untuk berada di tangga pertama dengan 156 mata. Kekosongan tempat kedua diisi oleh Maverick diikuti Joan Mir di tempat ketiga dan Johann Zarco keempat.

Fabio & Joan Mir saling bertukar-tukar pandangan mengenai perlumbaan yang baru sahaja tamat.
Fabio & Joan Mir saling bertukar-tukar pandangan mengenai perlumbaan yang baru sahaja tamat.
Rossi terbabas ketika cuba memajukan diri daripada kelompok belakang.
Rossi terbabas ketika cuba memajukan diri daripada kelompok belakang.

Apa yang menarik perhatian semua tentulah pada gerak badan dan emosi Vinales yang tidak meraikan kejayaannya di tempat kedua. Adakah dia marahkan Fabio kerana memancungnya di awal saingan atau sememangnya ada isu lain dengan pasukannya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.