RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 September 2021

"Mimpi Jadi Kenyataan!" Francesco Bagnaia, Juara Litar Aragon

Perlumbaan pusingan 13 yang berlangsung di Litar Aragon ternyata antara yang paling menarik untuk ditonton untuk musim ini. Seperti yang kita tahu, Francesco Bagnaia (Pecco) dari pasukan Ducati telah mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya. Namun begitu, usaha pelumba muda ini membuahkan hasil apabila akhirnya dinobatkan sebagai juara dalam perlumbaan pusingan ke-13 yang diadakan di Litar Aragon.

Pecco '63' cuba ditewaskan oleh Marc Marquez yang benar-benar inginkan kemenangan.
Pecco '63' cuba ditewaskan oleh Marc Marquez yang benar-benar inginkan kemenangan.
Fabio bermula dengan baik tetapi mengalami masalah cengkaman tayar.
Fabio bermula dengan baik tetapi mengalami masalah cengkaman tayar.

Permulaan yang sempurna memberikannya peluang untuk berada di depan. Turut mendapatkan posisi yang baik di peringkat awal ialah Jack Miller, Marc Marquez, Fabio Quartararo dan Aleix Espargaro.

Ketika Bagnaia dan Marc Marquez mula menjarakkan diri, Fabio yang berada di belakang mula ketinggalan dan dilihat sedang bergelut dengan masalah cengkaman tayar. Pelumba dari Perancis itu semakin perlahan dan menyebabkannya dipintas oleh beberapa orang pelumba seperti Joan Mir dan Jorge Martin.

Marc Marquez memang pelumba yang cukup padu! Belum pulih 100% tapi mampu pamer tunggangan bertenaga.
Marc Marquez memang pelumba yang cukup padu! Belum pulih 100% tapi mampu pamer tunggangan bertenaga.

Di depan, pertarungan di antara Marc dan Pecco terus sengit. Kedua-duanya saling mencabar dan cuba buktikan siapa lebih 'berkuasa'. Jarak mereka mula semakin jauh meninggalkan pelumba lain. Miller yang berada di tempat ketiga kemudiannya melakukan kesilapan dan dia dipintas oleh Mir dan Aleix.

Carl Cruthlow cukup selesa dengan jentera Yamaha YZR M1.
Carl Cruthlow cukup selesa dengan jentera Yamaha YZR M1.
Joan Mir terus memburu posisi terbaik di setiap pusingan.
Joan Mir terus memburu posisi terbaik di setiap pusingan.

Tiga lap sahaja lagi! Marc mula menyerang tetapi segera ditangkis dengan kawalan jentera yang cukup hebat. Sekurang-kurangnya tujuh kali Marc membuat cubaan memintas tetapi digagalkan segera oleh Pecco. Apabila saingan sudah ditahap kemuncak, Marc membuat serangan akhir dari dalam tetapi tindakannya itu tidak berhasil. Dengan kelebihan masa yang sedikit itu, Pecco gunakan untuk membuka pendikit sehabis-habisnya untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama.

Minggu yang agak sukar buat khemah Yamaha.
Minggu yang agak sukar buat khemah Yamaha.

Marc Marquez cukup gembira di tempat kedua kerana ia adalah bukti bahawa dia sudah semakin sihat, kuat dan serasi. Tempat ketiga dimenangi oleh penyandang juara Joan Mir manakala Aleix Espargaro terus mengharumkan nama Aprilia di tempat keempat.

Aleix Espargaro terus memberikan mata-mata penting buat dirinya dan pasukan.
Aleix Espargaro terus memberikan mata-mata penting buat dirinya dan pasukan.
Dari kiri: Marc Marquez, Francesco Bagnaia & Joan Mir.
Dari kiri: Marc Marquez, Francesco Bagnaia & Joan Mir.
Fabio Quartararo masih kukuh di tangga teratas carta keseluruhan pungutan mata.
Fabio Quartararo masih kukuh di tangga teratas carta keseluruhan pungutan mata.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana telah bekerja sangat keras untuknya. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan, keluarga dan kekasih saya yang memberikan sokongan padu selama ini. Sukar untuk dinyatakan tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah. Marc adalah pencabar yang hebat. Walaupun belum berada di tahap 100%, dia benar-benar mahukan kemenangan dan telah menjadikannya sangat kompetitif. Saya hanya lakukan yang terbaik dan ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan,” komen Francesco Bagnaia.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.