RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 Disember 2021

Gelaran Juara Keseluruhan CP125 Milik Adib Rosley

Selepas 11 tahun bertungkus-lumus, Mohd Adib Rosley akhirnya merakamkan gelaran juara keseluruhan CP125 musim 2021. Dalam pusingan 9 Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia, pelumba dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing itu menamatkan cabarannya di tempat kesembilan. Kutipan 10 mata dalam pelumbaan itu sudah memadai untuk mengesahkan kedudukannya selaku juara keseluruhan.

Para pemenang kelas CP125.
Para pemenang kelas CP125.

Perlumbaan CP125 dimulakan oleh pelumba pasukan Tuneboss Pink Racing, Mohd Harith Farhan Baharin di petak pertama. Namun kedudukan beliau hanya bertahan selama satu lap apabila dipintas oleh Mohd Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor pada lap kedua.

Syafiq sebagai pendahulu perlumbaan selama tiga lap diberi tentangan sengit oleh rakan sepasukannya, Mohd Aliff Danial Mohd Asri. Di belakang dua perlumba ini, duo pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team iaitu Mohd Fareez Abd Rahman dan Mohd Adib Rosley mula mengatur strategi.

Perlumbaan yang berbaki lagi dua lap, Fareez berajaya menempatkan diri di kalangan tiga pelumba teratas. Pada lap terakhir, beliau berjaya membuat kejutan selepas memintas  dua pelumba di hadapanya untuk bergelar juara pusingan 9 dengan catatan masa 12'39.734s. Tempat kedua dimenangi oleh Mohd Syafiq Rosli manakala tempat ketiga Mohd Harith Farhan Baharin.

“Pada perlumbaan tersebut, saya hanya berlumba secara selamat dan tidak mahu mengambil sebarang risiko yang tinggi. Terutama sekali apabila saya mengetahui bahawa Hafiza menghadapi masalah teknikal,” kata Adib Rosley.

Perebutan tempat pertama CP150 di antara Afif Amran -50-, Kasma Daniel -27- dan Akid Aziz.
Perebutan tempat pertama CP150 di antara Afif Amran -50-, Kasma Daniel -27- dan Akid Aziz.

Perebutan kejuaraan CP150 berlanjutan di pusingan 10 (terakhir) selepas Ahmad Afif Amran merakamkan kemenangan di tempat pertama dalam pusingan ke-9. Pelumba dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing itu sedang memburu gelaran juara dalam kelas premier ini.

Walaupun Afif diberi tentangan hebat oleh Kasma Daniel Kasmayudin dan Mohd Akid Aziz, beliau tetap tenang menghadapi cabaran tersebut sepanjang 11 lap sehingga mencatatkan kemenangan ketiga musim ini dengan catatan masa 15’53.188s. Manakala tempat kedua jatuh di tangan akid dan Kasma Daniel menamatkan saingannya di kedudukan ketiga.

Manakala pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar terpaksa berpuas hati di tempat keempat. Kedudukannya selaku pendahulu kesuluruhan kini dipintas oleh Afif dengan jarak mata keseluruhan 8 mata.

Pemenang kategori Wira, dari kiri: Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende, Mohd Irfan Haykhal Amidi & Mohd Harith Haziq Zamri
Pemenang kategori Wira, dari kiri: Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende, Mohd Irfan Haykhal Amidi & Mohd Harith Haziq Zamri

Kelas Wira KSB, pelumba Moto1 Koyoko Honda KC Racing iaitu Mohd Irfan Haykhal mengambil alih kedudukan pendahulu kejuaraan apabila meraih kemenangan ketiganya musim ini dengan catatan masa 11’16.411s.

Bermula di baris  yang pertama, Irfan Haykhal bertarung cukup hebat dengan pelumba pasukan Castrol Power1 Honda Team, Mohd Harith Haziq Zamri. Namum, keyakinan yang dipamerkan oleh Irfan mengharungi litar basah berjaya menjarakkan dirinya dari kelompok kedua. Irfan kemudian berjaya melepasi garisan penamat sejauh 1.356s dengan pelumba di tempat kedua, Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffendi. Manakala Harith terpaksa akur menamatkan perlumbaannya di tempat ketiga dengan 11’17.836s.

Mohd Aqil Danial Nasrul yang sebelum ini memimpin kejuaraan Wira KSB untuk musim ini telah jatuh di tangga kedua dengan kutipan 123 mata keseluruhan selepas menamatkan saingannya di tempat ke-6 dalam perlumbaan pusingan 9. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.