RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Mac 2022

Marc Marquez Sekali Lagi Disahkan Alami Diplopia

Selepas terlibat dalam kemalangan yang cukup serius di Indonesia baru-baru ini, pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dikhuatiri terpaksa melupakan seketika hasratnya untuk berlumba di beberapa pusingan akan datang.

Di hari kejadian, pasukan perubatan MotoGP mengesahkan bahawa Marquez mengalami gegaran otak dan beberapa kecederaan kecil sebelum dipindahkan ke sebuah hospital yang terletak di Mataram, Pulau Lombok. Di sana, Juara Dunia 8 Kali itu menjalani pemeriksaan perubatan yang lebih menyeluruh termasuk imbasan CT. Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan perubatan MotoGP dan juga Pasukan Repsol Honda memutuskan bahawa Marc Marquez tidak akan mengambil bahagian dalam perlumbaan Indonesia.

Ketika dalam perjalanan pulang ke Sepanyol, Marc Marquez memaklumkan bahawa dia mula mengalami ketidakselesaan pada penglihatannya. Setibanya di Barcelona pada hari Isnin, dia telah dibawa terus ke Hospital Clinic de Barcelona untuk bertemu dengan pakar oftalmologi, Dr. Sanchez Dalmau.

Setelah menjalani pemeriksaan, Marc disahkan mengalami masalah diplopia (pandangan berganda) berulang seperti mana yang berlaku pada November lalu. Selepas itu, Marc dan pasukan perubatannya yang diketuai oleh Dr. Samuel Antuna telah hadir di Hospital Ruber International Madrid bagi menjalani pemeriksaan sekali lagi untuk menilai segala kecederaan akibat dan ujian MRI pada otaknya. Hasil ujian tersebut cukup baik kerana Marc disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan lain.

Semoga beliau kuat menghadapi dugaan ini dan dapat sembuh dengan cepat. RR


 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.