RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 April 2022

Aleix & Aprilia Cipta Sejarah di Pentas MotoGP

Perlumbaan MotoGP pusingan ketiga (GP Argentina) merupakan detik sejarah buat pelumba dari pasukan Aprilia, Aleix Espargaro apabila meraih kemenangan pertamanya di litar Termas de Río Hondo, Argentina selepas 200 kali percubaan dalam kelas premier.

Dari kiri: Jorge Martin, Aleix Espargaro & Alex Rins.
Dari kiri: Jorge Martin, Aleix Espargaro & Alex Rins.

Pada perlumbaan akhir, pelumba yang berusia 32 tahun itu telah memulakan perlumbaan di petak pertama. Namun kedudukan beliau dipintas oleh pelumba dari pasukan Pramac Ducati, Jorge Martin yang melakukan holeshot. Turut bermula dengan baik ialah Pol Espargaro (Repsol Honda Team) telah melancarkan jenteranya dengan baik sekali untuk berada di kedudukan ketiga tepat di belakang abangnya Aleix diawal perlumbaan.

Persaingan sengit di antara Jorge Martin -89- & Aleix Espargaro.
Persaingan sengit di antara Jorge Martin -89- & Aleix Espargaro.
Alex Rins meraih kemenangan di tempat ketiga.
Alex Rins meraih kemenangan di tempat ketiga.

Jorge Martin mula menjarakkan diri dari Aleix Espargaro sebagai pendahulu perlumbaan. Manakala Pol Espargaro dan Alex Rins bersaing untuk merebut kedudukan Luca Marini (Mooney VR46 Racing Team). Sementara itu, Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP yang bermula dipetak keenam menyempurnakan lap pertama di tempat kesembilan. Kedudukan beliau kemudian jatuh di tangga ke-13 selepas dipintas oleh tiga pelumba lain pada lap kedua sehingga ketiga.

Juara Dunia, Fabio Quartataro menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.
Juara Dunia, Fabio Quartataro menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.
Joan Mir
Joan Mir

Pada lap ke-10 menyaksikan Aleix Espargaro melakukan dua kesilapan dengan melebar di selekoh pertama dan kelima. Kesilapan tersebut menyebabkan Pelumba pasukan Suzuki Ecster, Alex Rins mula merapatkan jurang.

Ketika berada di kedudukan keempat, Pol telah terbabas di selekoh kedua pada lap ke-15. Juara dunia musim 2020, Joan Mir (Pasukan Suzuki Ecster) mula naik di tangga keempat dengan jarak 2 saat di belakang rakan sepasukannya Rins.

Pol Espargaro gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabas di lap ke-15.
Pol Espargaro gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabas di lap ke-15.

Perlumbaan yang berbaki 9 lap sahaja lagi, persaingan sengit terus terjadi di antara Jorge Martin dan Aleix Espargaro yang saling pintas memintas untuk merebut gelaran juara. Sehingga lap ke-21, Martin gagal mempertahankan kedudukannya untuk merangkul gelaran juara selepas dipintas oleh pelumba dari Sepanyol itu.

Francesco Bagnaia
Francesco Bagnaia
Andrea Dovizioso
Andrea Dovizioso

Dengan penuh perasaan gembira, Aleix Espargaro menerima kibaran bendera penamat sebagai juara. Manakala Jorge Martin terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan Alex Rins di tempat ketiga. Tempat keempat pula dimenangi rakan sepasukan Rins, Joan Mir. Manakala, Juara Dunia bertahan Fabio Quartararo melepasi garisan penamat di tempat kelapan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700