RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Mei 2022

Jorge Lorenzo Dinobatkan Sebagai Lagenda MotoGP!

Juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo telah dinobatkan sebagai Lagenda MotoGP dalam satu upacara bersejarah yang diadakan di Litar Jerez-Angel Nieto pada awal bulan lalu. Ia adalah satu penghormatan tertinggi yang diberikan buat para pelumba yang benar-benar hebat dan mereka yang benar-benar dedikasi dalam dunia  yang cukup laju dan berbahaya itu.

Lorenzo membuat penampilan sulungnya dalam Kejuaraan Dunia kelas 125cc di Jerez pada tahun 2002, dan dari saat itulah bermulanya kejayaan demi kejayaan yang berjaya ditempa oleh pelumba kelahiran Sepanyol ini.

Pada tahun 2005, dia berpindah ke kelas 250cc dan telah memenangi Kejuaraan Dunia dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 2006 dan 2007. Dengan rekod kemenangan itu, Lorenzo telah dibawa masuk ke saingan MotoGP pada tahun 2008 dan diberi kepercayaan untuk bergandingan dengan Valentino Rossi dalam pasukan Yamaha. Bersama jentera YZR-M1, Lorenzo telah berjaya meraih kemenangan pertamanya dalam kelas prima dalam saingan pusingan ketiga.

Lorenzo 2002.
Lorenzo 2002.
Kenangan Sang Juara di Litar Sepang pada tahun 2007,
Kenangan Sang Juara di Litar Sepang pada tahun 2007,

Pada tahun 2009, Lorenzo menamatkan cabaran sebagai naib juara keseluruhan tetapi pertarungannya dengan Rossi di GP Catalan merupakan detik sejarah MotoGP yang tidak mungkin dapat kita dilupakan. Tahun 2010 menyaksikan Lorenzo mempamerkan tunggangan yang sempurna untuk muncul juara MotoGP buat kali pertama dalam kariernya.

Bersama pasukan Yamaha pada tahun 2012.
Bersama pasukan Yamaha pada tahun 2012.

Prestasi luar biasa Casey Stoner memberi tamparan hebat pada tahun 2011 tetapi dia kembali merampas takhta kejuaraan pada tahun 2012. Lorenzo kemudiannya terpaksa pula berdepan dengan jaguh muda baru, Marc Marquez yang sukar ditewaskan pada tahun 2013 dan tahun 2014. Selepas dua tahun akur dengan kemantapan lawannya, nama Lorenzo kembali dijulang apabila meraih juara keseluruhan pada tahun 2015. Tahun itulah berlakunya 'drama' penuh kontroversi di antara Valentino Rossi dan Marc Marquez. Mesti ingatkan!

Lorenzo kekal setahun lagi bersama pasukan Yamaha sebelum berpindah ke Ducati pada tahun 2017 dan berjaya meraih beberapa podium. Tahun 2018 cukup mencabar apabila diuji dengan kecederaan ketika dia sedang mencipta kemenangan demi kemenangan.

Memang layak bergelar lagenda MotoGP.
Memang layak bergelar lagenda MotoGP.
Lorenzo bersama ibunya di majlis penganugerahan.
Lorenzo bersama ibunya di majlis penganugerahan.

Pelumba yang popular dengan nombor '99' ini kemudiannya berpindah ke pasukan Repsol Honda pada tahun 2019 dan selepas berdepan dengan cabaran yang kian sukar termasuklah kecederaan yang membelenggunya ketika itu, Jorge Lorenzo membuat keputusan untuk mengundur diri dari dunia yang dicintainya.

Sepanjang kariernya, Lorenzo telah memenangi 68 perlumbaan dan 152 podium. Dua kali menjadi Juara Dunia 250cc dan tiga kali dalam kelas prima. Lorenzo memang seorang lagenda!

Repsol Honda adalah pasukan terakhir Lorenzo sebelum mengumumkan untuk bersara.
Repsol Honda adalah pasukan terakhir Lorenzo sebelum mengumumkan untuk bersara.
Kenangan hebat pertarungan Lorenzo '99' dan Marquez.
Kenangan hebat pertarungan Lorenzo '99' dan Marquez.

Jorge Lorenzo merupakan pelumba ke-33 yang disematkan di MotoGP Legends Hall of Fame, bersama-sama lagenda lainnya termasuk Giacomo Agostini, Mick Doohan, Geoff Duke, Wayne Gardner, Mike Hailwood, Daijiro Kato, Eddie Lawson, Anton Mang, Angel Nieto, Wayne Rainey, Phil Read, Jim Redman, Kenny Roberts, Kenny Roberts Jr, Jarno Saarinen, Kevin Schwantz, Barry Sheene, Marco Simoncelli, Freddie Spencer, Casey Stoner, John Surtees, Carlo Ubbiali, Alex Criville, Franco Uncini, Marco Lucchinelli, Randy Mamola, Kork Ballington, Dani Pedrosa, Stefan Dorflinger, Jorge Martinez, mendiang Nicky Hayden, dan Valentino Rossi. RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.