RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Mei 2022

Hafizh Syahrin Masih Belum Dapat Talaan Terbaik!

Perlumbaan pusingan ketiga WorldSBK yang dijalankan di Litar Estoril telah selesai. Seperti biasa, tiga pelumba yang mengungguli saingan ini iaitu Alvaro Bautista, Toprak Razgatlioglu dan Jonathan Rea memang sukar dicabar oleh para pelumba lain. Dalam pusingan ketiga ini, Bautista menang dalam Perlumbaan1 tetapi ditewaskan oleh Rea pada Perlumbaan 2.

Hafizh Syahrin '35' dan rakan sepasukannya Leandro Mercado.
Hafizh Syahrin '35' dan rakan sepasukannya Leandro Mercado.

Bagaimana pula dengan prestasi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdulllah?

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pasukan MIE Racing, Hafizh dan rakan sepasukannya Leandro Mercado telah menunjukkan peningkatan pada Perlumbaan 2 walaupun diakui kedua-dua pelumba mereka berdepan dengan kesukaran pada saingan pertama. Perlumbaan kedua yang berlangsung dalam cuaca baik telah memberikan catatan masa yang hampir sama untuk Hafizh dan Mercado. Selepas mempamerkan tunggangan yang agak baik, Hafizh menamatkan cabarannya di Litar Estoril di kedudukan ke-19, satu posisi di belakang Mercado.

“Saya rasa Perlumbaan 2 adalah pencapaian terbaik jika dilihat dari segi tahap kelajuan dan keserasian saya terdapat jentera. Saya gembira hari ini walaupun terdapat beberapa kekurangan pada prestasi jentera terutamanya apabila masuk ke pertengahan saingan. Ketika itu, kami agar sukar untuk dapatkan rentak,” kata Hafizh.

“Kami perlu mempertingkatkan tahap keberkesanan sistem elektronik dan sistem traction. Namun begitu, jika dibandingkan dengan beberapa perlumbaan sebelum ini, perlumbaan hari ini adalah antara yang terbaik. Kami perlu baiki keputusan berlandaskan talaan pada hari ini,” tambahnya.

Itu adalah satu berita yang memberikan harapan buat kita selalu penyokong para pelumba negara. Jika prestasi jenteranya dapat ditingkatkan dengan segera, Hafizh pasti dapat meraih kedudukan yang lebih baik dari masa ke semasa. Moga segala usahanya dipermudahkan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.