RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Oktober 2022

Miguel Oliveira Pakar Litar Basah!

Perlumbaan penuh dramatik yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang semalam telah memberikan kenangan manis buat pelumba Portugal, Miguel Oliveira yang mempamerkan tunggangan penuh tenaga di dalam pertarungan sengit di litar basah. Kemenangan tersebut diraihnya dengan menewaskan Jack Miller dengan perbezaan masa hanya 0.730s.

Para pemenang Litar Buriram. Dari kiri: Jack Miller, Miguel Oliveira & Francesco Bagnaia.
Para pemenang Litar Buriram. Dari kiri: Jack Miller, Miguel Oliveira & Francesco Bagnaia.
Oliveira 'terbang' dalam hujan.
Oliveira 'terbang' dalam hujan.

Kedudukan tempat ketiga dimenangi oleh Francesco Bagnaia (Pecco) yang kini hanya 2 mata membezakan kedudukannya di tangga teratas berbanding Fabio Quartararo. Dalam perlumbaan sebelum ini (Jepun), Quartararo masih mempunyai kelebihan sebanyak 18 mata tetapi kegagalan jaguh Yamaha itu untuk mengutip mata di litar Thailand telah membuka peluang keemasan buat para pencabarnya, lebih-lebih lagi Pecco untuk merapatkan diri.

Pertarungan sengit di antara Oliveira '88' dan Miller.
Pertarungan sengit di antara Oliveira '88' dan Miller.

Perlumbaann polesitter Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Racing Team) bermula dengan baik dari petak pertama tetapi tidak lama kemudian agak melebar ketika berada di selekoh. Tempatnya diganti dan dari saat itu Miller mengungguli perlumbaan ini untuk tenpoh beberapa lama. Walau bagaimanapun, Oliveira di belakang telah membuat kemajuan sedikit demi sedikit.

Podium seterusnya buat Miller. Mantap!
Podium seterusnya buat Miller. Mantap!
Fabio Quartararo perlu 'bangun' jika tidak mahu kehilangan kedudukannya di tangga teratas.
Fabio Quartararo perlu 'bangun' jika tidak mahu kehilangan kedudukannya di tangga teratas.
Alex Rins tamatkan saingannya di Thailand di tempat ke-12.
Alex Rins tamatkan saingannya di Thailand di tempat ke-12.

Quartararo bermula di barisan kedua ternyata agak bergelut dengan keadaan cuaca dan litar yang cukup mencabar. Juara bertahan ini kemudiannya tercicir ke tempat ke-17 sebelum tamatnya lap pembukaan. Walaupun cuba mendapatkan rentaknya semula, Quartararo akhir terpaksa akur dengan kekalahannya.

Marc Marquez menewaskan Franco Morbidelli dalam perebutan tempat kelima.
Marc Marquez menewaskan Franco Morbidelli dalam perebutan tempat kelima.
Marc Marquez.
Marc Marquez.

Tahniah buat bintang pasukan Repsol Honda, Marc Marquez yang berjaya menamatkan saingan di tempat kelima. Marquez membuktikan kemampuannya untuk kembali beraksi walaupun masih ada beberapa pihak yang agak sangsi dengan keupayaan jaguh dari Sepanyol ini.

Quartararo cuba mengatasi Darryn Binder '40', Cal Crutchlow '35', Pol Espargaro '44' & Giannantonio.
Quartararo cuba mengatasi Darryn Binder '40', Cal Crutchlow '35', Pol Espargaro '44' & Giannantonio.
Morbidelli raih tempat ke-13.
Morbidelli raih tempat ke-13.

Miguel Oliveira: "Ia adalah perlumbaan yang panjang dan tidak wajarlah untuk merungut! Setiap kali berada dalam keadaan basah, saya sentiasa sangat laju dan apabila hujan mula turun, saya mengimbas kembali pada perlumbaan di Indonesia. Saya buat permulaan yang baik, tidak melakukan kesilapan dan berjaya membawa jentera ini ke penghujung saingan. Saya sangat gembira dengan kemenangan di akhir musim ini. Litar yang basah itu bukan keadaan di mana kita suka untuk menang, tetapi saya akan cuba untuk menang dalam apa jua keadaan!” RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.