RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Oktober 2022

Repsol dan Honda memperbaharui kerjasama sehingga 2024

Repsol dan Honda Racing Corporation (HRC) mula berkolaborasi pada tahun 1995, dalam merangkumi sejarah dunia perlumbaan, semangat juang, teknologi dan inovasi yang berterusan.

Gambar kenangan sambutan ulang tahun pasukan Repsol Honda ke-20.
Gambar kenangan sambutan ulang tahun pasukan Repsol Honda ke-20.
Marc Marquez merupakan antara pelumba paling berjaya dalam pasukan Repsol Honda.
Marc Marquez merupakan antara pelumba paling berjaya dalam pasukan Repsol Honda.

Dalam tempoh 28 tahun ini, Pasukan Repsol Honda telah menjadi pasukan penanda aras sukan permotoran khususnya dalam Kejuaraan MotoGP. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh pasukan ini merupakan bukti kepada inovasi, bakat dan kerja berpasukan demi menyahut cabaran di setiap musim.

Gabungan yang digeruni lawan - Dani Pedrosa & Marc Marquez.
Gabungan yang digeruni lawan - Dani Pedrosa & Marc Marquez.
Dani Pedrosa.
Dani Pedrosa.

Tidak dinafikan, prestasi pasukan Repsol Honda tidak begitu berjaya untuk beberapa musim kebelakangan ini sedangnya pasukan ini sentiasa menjadi asas untuk kemajuan dalam perlumbaan. Oleh itu, Repsol HRC telah bersetuju untuk memperbaharui kerjasama ini untuk dua musim lagi, sehingga 31 Disember 2024. Ketika itu juga nanti, mereka akan meraikan ulang tahun kolaborasi ini untuk ke-30.

Matlamat mereka dari tahun 2023 dan seterusnya adalah jelas: Untuk menjadi yang terbaik dalam MotoGP sekali lagi!!! RR

Antara pelumba lagenda yang pernah bersama pasukan Repsol Honda:

  • Mick Doohan (1995 -1999)
  • Alex Criville (1995 - 2000)
  • Tadayuki Okada (1996 - 2000 & 2008)
  • Sete Gibernau (1998 - 2002)
  • Tohru Okawa (2001 - 2002)
  • Valentino Rossi (2002 - 2003)
  • Nicky Hayden (2003 - 2008 & 2016)
  • Max Biaggi (2005)
  • Dani Pedrosa (2006 - 2018)
  • Andrea Dovizioso (2009 - 2011)
  • Casey Stoner (2011 - 2012)
     

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.