RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 September 2019

GIVI Rimba Raid Gabit Juara 2019

Acara Rimba Raid tidak lagi asing buat penggemar motosikal lasak di tanah air kita mahupun luar negara. Penganjuran pertama yang diadakan di Mat Daling pada tahun 2015 hanya dapat mengumpulkan beberapa peserta sahaja dari Malaysia dan Singapura. Tahun demi tahun Rimba Raid semakin dikenali ramai. Penganjuran sebegini bertujuan mendekatkan lagi penunggang motosikal lasak kepada keindahan alam semulajadi.

Dari kiri: Mr. & Ms. On, Mr. Joseph Perucca & Mr. On Hai Swee di sesi acara perlepasan pelumba.
Dari kiri: Mr. & Ms. On, Mr. Joseph Perucca & Mr. On Hai Swee di sesi acara perlepasan pelumba.
Dari kiri: Wong Chun Hing, Gabit dan Wong Chun Fah.
Dari kiri: Wong Chun Hing, Gabit dan Wong Chun Fah.

Rimba Raid edisi keenam yang diadakan di Rimba Valley Motocamp Janda Baik, Pahang telah mendapat sambutan yang cukup meriah. Penganjuran kali ini berjaya mengumpulkan seramai 330 orang peserta untuk kedua-dua perlumbaan. Menurut Ketua dan Pengasas Rimba Raid, Dato’ Kapten Nik Huzlan, beliau sangat berpuas hati dengan kehadiran para peserta yang datang dari pelbagai negara.

Peserta GIVI Explorer Adventure bergambar kenangan.
Peserta GIVI Explorer Adventure bergambar kenangan.

Penganjuran ini mendapat sokongan penuh daripada pengeluar aksesori terkenal dan berkualiti di Malaysia iaitu GIVI Asia buat kali kedua dalam acara yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 26 Julai sehingga 28 Julai 2019. Antara pengeluar motosikal yang turut memeriahkan acara Rimba Raid 2019 ialah KTNS Holdings Sdn Bhd, CFMOTO, BMW Auto Bavaria dan lain-lain. Acara ini juga turut disokong oleh Pejabat Pelancongan, Kesenian & Budaya Malaysia Negeri Pahang (MOTAC). Buat para peserta yang datang memberi sokongan, terdapat juga tapak khemah yang boleh disewa dengan harga yang berpatutan kepada mereka yang inginkan suasana bermalam di hutan yang sejuk dan nyaman.

Pada hari pertama, para peserta mula berkumpul sejak pagi lagi untuk sesi pendaftaran di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU). Kelihatan pelbagai jenis motosikal seperti BMW, Yamaha, Honda, Suzuki, CMC,  KTNS dan Benelli menyertai acara sukan motosikal lasak ini. Selesai sesi pendaftaran, peserta perlu membawa jentera mereka untuk membuat pemeriksaan teliti terlebih dahulu sebelum menyertai acara tersebut.

Nampak sahaja mudah tapi ramai yang gagal melepasi cabaran di sungai dengan sempurna.
Nampak sahaja mudah tapi ramai yang gagal melepasi cabaran di sungai dengan sempurna.

Pada hari kedua, perlumbaan 'Jungle Race’ disertai seramai 150 orang pelumba dari negara Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Amerika Selatan dan Eropah. Perlumbaan tersebut dibahagikan kepada tiga kelas iaitu A, B dan C bergantung kepada jenis motosikal dan kapasiti enjin. Sesi Flag Off yang berlangsung di Bukit Tinggi telah disempurnakan oleh Mr. On Hai Swee, Pengarah Urusan GIVI Asia dan Mr. Joseph Perucca, Pengarah Operasi Luar Negara GIVI.

Kemahiran dan pengawalan jentera yang bagus amat diperlukan.
Kemahiran dan pengawalan jentera yang bagus amat diperlukan.


 
Jarak perlumbaan yang lebih pendek (60km) berbanding tahun lepas (120km) adalah laluan yang cukup sukar buat para peserta sepanjang acara Rimba Raid diadakan sejak beberapa tahun lalu. Daripada 150 peserta yang bermula di garisan permulaan, hanya 47 peserta sahaja yang berjaya menamatkan cabaran mereka mengikut masa yang ditetapkan.

Perlumbaan ini sememangnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat. Terdapat beberapa cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi setiap peserta antaranya laluan jeram, laluan berbukit, menyeberangi anak sungai serta laluan yang digelar sebagai ‘Green Hill’ antara yang paling sukar untuk dilepasi para peserta.

Kebanyakan peserta mengalami kerosakan pada jentera mereka dan ada juga yang menarik diri. Pelumba dari Chile, Jeremias Israel yang pernah berlumba dalam Dakar Rally diwar-warkan bakal memberi saingan kepada Gabit terpaksa mengakhiri perlumbaan lebih awal disebabkan masalah teknikal pada jentera yang ditunggangnya.

Pemenang dinilai berdasarkan catatan masa yang diambil ketika menyempurnakan perlumbaan. Unit transponder dipasangkan pada jentera masing-masing untuk merekod masa mereka di setiap checkpoint. Tahniah buat Muhamad Habibullah Mohd Saleh atau lebih dikenali sebagai Gabit berjaya menamatkan keseluruhan perlumbaannya dengan mencatat masa terpantas dalam kelas A iaitu 48 minit 40 saat. Tempat kedua, Wong Chun Hing dengan masa 50 minit 37 saat dan ketiga Wong Chun Fah (1 jam 19 minit 16 saat).

Untuk kelas B, hadiah pertama telah dimenangi oleh Shamsul Azhar Abu Hazim dengan catatan masa 1 jam 4 minit 31 saat, diiikuti Wan Nor Fahmy Wan Nashar yang menamatkan cabaran dengan masa 1 jam 12 minit 44 saat. Manakala Iskandar Rabu berjaya mendapatkan tempat ketiga dengan catatan masa selama 1 jam 36 minit 56 saat.

Dalam kelas C pula pemenang pertama yang tiba dengan catatan masa 56 minit 55 saat ialah Muhammad Hazalmi Mustapha Kamal diikuti pemenang kedua, Muhammad Hazzim Mustapha Kamal (57 minit 28 saat). Bagi pemenang di tempat ketiga yang berjaya mencatat masa 59 minit 9 saat ialah Muhamat Hairy. Tahniah buat semua!

Hari ketiga merupakan acara sampingan untuk cabaran motocross enduro. Terdapat tiga kategori yang disertai seramai 180 orang iaitu Novice, Veteran (40 tahun ke atas) dan Open. Para peserta diberi masa satu jam manakala kategori open selama satu jam setengah untuk menamatkan perlumbaan mereka di laluan cukup mencabar.

Pemenang dipilih berdasarkan catatan masa terpantas. Muhamad Fareez dan Mohammad Syamin masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Michael Soh dalam kategori Novice.

Untuk kategori Veteran, Rohaizam Rizal berjaya menjadi pemenang pertama. Mohd Fauzi di tempat kedua dan Lai Kok Hing di tempat ketiga.

Juara dalam kategori Open, sekali lagi Gabit berjaya menamatkan cabaran di tempat pertama, diikuti Ahmad Lezzam sebagai pemenang kedua dan Richard Lim di tempat ketiga.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai acara Rimba Raid. Memang seronok dan merupakan perjalanan yang paling mencabar saya bersama Kawasaki Versys 250. Walaupun tidak dapat menamatkan perlumbaan dengan masa yang ditetapkan, saya sangat berpuas hati kerana dapat mengasah bakat yang saya miliki dan menunjukkan bahawa jentera ini mampu mengharungi pelbagai cabaran,” kata Sdr Izzuddin dari Selangor.

“Mengenai cabaran yang saya telah lalui, ianya memang sangat sukar terutama di jalan-jalan berakar. Pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi. Walaupun sudah berumur, ianya bukan penghalang untuk saya sertai acara seperti ini. Dalam acara ini kita boleh lihat pelbagai jenis jentera dapat menguji kelasakan ada yang besar dan juga yang kecil,” komen Hj Abdul Jamil yang menunggang BMW R100GS. RR

Isu Pada

September 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.