RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Februari 2023

WSBK Pusingan 1: Rentak positif buat Hafizh Syahrin....Raih Mata di Phillip Island.

Pasukan PETRONAS MIE Racing berjaya menyelesaikan 'sasaran' pertama mereka iaitu untuk menghabiskan perlumbaan dan usaha untuk memiliki mata. Walaupun diuji dengan keadaan cuaca yang tidak sempurna pada Perlumbaan 1, kedua-dua pelumba saingan WSBK mereka iaitu Hafizh Syahrin dan Eric Granado telah memberikan maklum balas yang membanggakan.

Hafizh Syahrin '35' & Eric Granado.
Hafizh Syahrin '35' & Eric Granado.

Perlumbaan 1 yang terpaksa dimulakan agak lewat dan dalam keadaan yang basah. Rentak Hafizh dan Granado yang baik membolehkan mereka merapatkan diri dengan para pelumba lain yang bermula dari barisan hadapan. Dari belakang, Hafizh berjaya mengejar dan berjaya memintas beberapa orang pelumba untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat ke-15. Tahniah, satu mata berjaya dikutip.

Perlumbaan 2 berlangsung dalam keadaan lebih baik. Hafizh Syahrin dan Eric Granado sekali lagi bermula dari belakang. Walaupun rentak Hafizh semakin baik, ia masih belum cukup mantap untuk merapati kumpulan di hadapan. Syahrin dan Granado mencatatkan masa yang hampir sama antara satu sama lain.

Hafizh Syahrin.
Hafizh Syahrin.
Saingan dalam litar yang basah memerlukan sepenuh tumpuan.
Saingan dalam litar yang basah memerlukan sepenuh tumpuan.

Hafizh menamatkan cabaran Perlumbaan 2 di litar Philip Island di tempat ke-17 manakala Eric di tempat ke-20. Pasukan Honda PETRONAS MIE Racing kini bergerak terus ke Indonesia untuk saingan kedua Kejuaraan WorldSBK berlangsung dalam masa seminggu lagi.

““Pada saingan pertama, saya gembira berterus terang kerana, walaupun kami berada dalam situasi yang sukar sekarang, saya dan pasukan bekerja keras untuk menambah baik pakej jentera kami. Ini adalah kali pertama saya dalam keadaan basah sepenuhnya dengan jentera baru yang berbeza daripada tahun lepas, jadi ia tidak mudah. Tetapi kami berjaya meraih mata pertama musim ini, jadi itu adalah positif,” Hafizh Syahrin.

Hafizh berjaya menewaskan Oliver Konig di kedua-dua perlumbaan.
Hafizh berjaya menewaskan Oliver Konig di kedua-dua perlumbaan.
Eric Granado.
Eric Granado.

“Hari kedua. Bersaing dalam dua perlumbaan kering yang membolehkan kami memahami lebih lanjut tentang jentera. Kami perlu meningkatkan bahagian traction, kerana kami bergelut dengan masalah tayar 'spinning' dalam ketiga-tiga saingan. Pelumba lain juga berpusing keluar dari selekoh, tetapi mereka dapat kembalikan rentak dengan adanya 'traction' lebih cengkaman. Namun begitu, saya dapat rasa bahagian depan kini lebih baik. Kami akan cuba lain pada bahagian geometri jentera ini di Mandalika,” tambahnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700