RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Februari 2023

Kemenangan Pertama Bagi Shahrol Syazras

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pusingan satu hari ini menyaksikan persembahan hebat daripada pelumba-pelumba kategori CP150. Antara mereka, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy tampil dengan prestasi hebat dan memberikan kemenangan pertama kepada pasukan Honda Yuzy Estremo Team minggu ini di Litar Sepang Antarabangsa.

Perlumbaan pada petang ini bermula dengan Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing di petak grid pertama apabila beliau mencatatkan masa terpantas di sesi “Superpole” dengan catatan masa 1’17:868s manakala juara musim lepas yang juga rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran mengambil tempat di petak grid kedua dengan catatan masa terpantas 1’18:239s. Shahrol Syazras bermula dari petak grid ketiga.

Sejurus perlumbaan bermula, Shahrol Syazras sampai ke selekoh pertama dahulu tetapi Afif berjaya memintas di lap pertama. Akid yang mengambil kedudukan P3 kembali ke P2 di akhir lap kedua. Lima lap kemudian, pelumba-pelumba di kedudukan belakang mula mengorak langkah dan pada pertengahan perlumbaan, Idlan Haqimi dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team pula mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Afif dan Izam Ikmal masing-masing di P2 dan P3.

Afif yang mendahului para pelumba di lap ketujuh dan kelapan jatuh ke P10 di lap kesembilan dan di dahului oleh Azroy di lap kesepuluh. Persaingan bertambah sengit dan ditambah lagi dengan cuaca panas terik pada petang ini. Namun begitu, para pelumba terus mengejar untuk kemenangan pertama.

Di lap terakhir, Shahrol berjaya mengambil alih kedudukan P1 dan menjauhkan diri daripada kelompok pelumbanya di belakang. Dengan keyakinan dan momentum yang mantap, beliau meraih kemenangan pertama dengan catatan masa 14’33:768s.

Menurut Shahrol, “Pada lap terakhir tadi, saya nampak kebanyakkan pelumba mengurangkan kelajuan. Pada pendapat saya, mereka mungkin mencari masa yang bagus untuk mengorak langkah. Bagi saya, ia merupakan suatu peluang, jadi saya pun mengambil kesempatan untuk meningkatkan kelajuan. Saya berasa amat gembira kerana berjaya kali ini.”

Tempat kedua jatuh ke tangan Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 14’34:025s. Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14’34:027s. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.