RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Mac 2023

Afif Catat Masa Terpantas di Jempol

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Pusingan dua bermula pada pagi ini di litar Jempol, Negeri Sembilan dengan latihan bebas pada waktu pagi dan sesi kelayakan di sebelah petang. Litar Jempol yang sepanjang 1.104 kilometer dengan lapan selekoh merupakan litar yang cukup teknikal buat para pelumba.

Walaubagaimanapun, para pelumba tampil dengan semangat yang kental untuk menampilkan persembahan yang baik dalam pusingan kedua ini.

Bagi kategori CP150-A, Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team mencatatkan masa terpantas pada 44’399s dalam sesi kelayakan 1. Namun, Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing pula Berjaya mencatatkan masa terpantas pada 44’226s di sesi kelayakan 2 untuk kategori CP150-B. Sekali gus menjadikan beliau pelumba terpantas pada petang itu.

“Pada sebelah pagi, saya terjatuh dan keadaan jentera saya mengalami “total loss”. Saya hampir kehilangan setup pada jentera sebelum memulakan sesi kelayakan. Sama amat berterima kasih kerana krew pasukan dan mekanik Berjaya memperbaiki kekurangan pada jentera saya,” kata  Afif.

Tempat kedua terpantas dimiliki oleh Md Muzakkir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 44’263s. Manakala pelumba dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin di tempat ketiga terpantas secara keseluruhan dengan catatan 44’281s. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.