RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 April 2023

Moto3: Damok Raih 5 Mata Berharga

Saingan Moto3 di GP Argentina berlangsung dalam hujan yang agak lebat. Litar basah dan licin ternyata memberi kesukaran buat kebanyakan pelumba. Tahniah buat Tatsuki Suzuki (Leopard Racing) yang telah menjulang kejayaan penuh bergaya buat pertama kalinya sejak 2020. Turut berkongsi kedudukan di podium ialah Diogo Moreira dan Andrea Migno.

Damok '63' cuba melarikan diri daripada para pelumba di belakangnya.
Damok '63' cuba melarikan diri daripada para pelumba di belakangnya.

Syabas diucapkan buat pelumba negara, Syarifuddin Azman (Damok) yang berjaya menamatkan saingan di tempat ke-11 dan membawa pulang 5 mata cukup berharga. Kejayaan ini ternyata membakar semula semangatnya selepas kurang menyerlah dalam saingan pembuka tirai termpohari yang diadakan di Portugal.

Litar licin yang memberi kesukaran buat semua pelumba.
Litar licin yang memberi kesukaran buat semua pelumba.

"Syukur, Alhamdulillah saya raih tempat ke-11. Dengan keadaan litar yang basah dan licin, saya akui agak sukar. Beberapa pelumba di hadapan saya terjatuh membuatkannya bertambah sukar. Saya amat gembira kerana dapat menghabiskan perlumbaan. Ini merupakan kali pertama saya berlumba di litar ini. Saya ingin berterima kasih kepada pasukan saya yang bertungkus lumus dalam perlumbaan kali ini dan tak lupa buat semua penaja saya. Jumpa anda di Austin nanti,” komen Damok.

Dari kiri: Diogo Moreira, Tatsuki Suzuki & Andrea Migno.
Dari kiri: Diogo Moreira, Tatsuki Suzuki & Andrea Migno.

Pusingan ketiga akan berlangsung di Circuit of The Americas pada 16 April nanti. RR

Para pemenang GP Argentina

1. Tatsuki SUZUKI, Leopard Racing (1:35.099)
2. Diogo MOREIRA, MT Helmets Msi +4.571
3. Andrea MIGNO, CIP Green Power +4.699
4. Daniel HOLGADO, Red Bull KTM Tech 3 +8.814
5. Scott OGDEN, Visiontrack Racing Team +11.512
11. Syarifuddin Azman, MT-Helmets Msi +14.033

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.