RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 April 2023

Marco Bezzecchi Raja GP Argentina

Dominasi dari awal hingga akhir! Itulah yang berjaya dipamerkan oleh pelumba pasukan Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi untuk menikmati kejayaan sebagai juara di perlumbaan MotoGP pusingan 2 yang berlangsung di Gran Premio Michelin De La Republica Argentina baru-baru ini.

Dari kiri: Zarco, Bezzecchi & Alex Marquez.
Dari kiri: Zarco, Bezzecchi & Alex Marquez.
Kemenangan sulung buat Marco Bezzecchi.
Kemenangan sulung buat Marco Bezzecchi.

Pecutan yang sempurna di barisan hadapan telah memberinya peluang terbaik untuk melewati Alex Marquez di posisi 'pole' untuk memimpin perlumbaan. Tidak jauh di belakang ialah Francesco Bagnaia (Pecco) di tempat ketiga manakala Franco Morbidelli (Monster Energy Yamaha MotoGP) di posisi berikutnya.

Walaupun dalam keadaan litar yang basah, kelajuan Bezzecchi gagal dicabar oleh A.Marquez dan para pelumba lain. Walaupun persaingan masih 16 lap lagi, Bezzecchi sudah meninggalkan pelumba di tempat kedua sejauh dua saat dan tidak lama kemudian 2.6 saat. Pelumba dari Itali ini berada dalam kelasnya tersendiri dan terus membuka jarak.

Di belakang, perebutan tempat kedua di antara A. Marquez dan Pecco terus sengit. Masuk Lap 17, rentak Pecco dilihat lebih baik berbanding lawannya dan ketika itulah jentera Ducati bernombor 1 itu hilang kawalan dan terbabas. Pecco berjaya masuk semula tetapi sudah jauh di belakang. Ini memberi peluang buat A. Marquez dan Morbidelli untuk selesa di posisi kedua dan ketiga.

Tinggal lima lap sahaja sebelum tamat, Johann Zarco berjaya merapatkan diri dan semakin laju. Dia kemudiannya berjaya memintas Morbidelli dan A. Marquez untuk merampas tangga kedua podium. Walaupun gagal berada di podium, kejayaan Morbidelli di tempat keempat sudah pasti memberi kegembiraan buat diri dan pasukannya.

Yamaha perlu segera mencari segala 'resepi' untuk mencabar jentera-jentera di hadapan. Setakat pusingan ini, kita dapat melihat Fabio Quartararo khususnya masih belum dapat talaan seperti mana yang dia harapkan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.