RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 April 2023

Alex Rins Cipta Sejarah Di Litar Americas

Bermula di petak kedua, Alex Rins yang merupakan pelumba terbaru untuk pasukan LCR Honda Castrol telah mencipta sejarah dengan kejayaan merangkul kejuaraan di Litar Americas dengan cukup bergaya. Saingan perebutan tempat pertama memang cukup sengit. RIns tekad memberi tekanan kepada Francesco Bagnaia sehingga juara 2022 itu melakukan kesilapan.

Drama di awal pusingan turut melibatkan para pelumba Ducati lain seperti Alex Marquez dan Jorge Martin serta jaguh Aprilia, Aleix Espargaro. Beberapa lap kemudian, Jack Miller turut menerima nasib yang sama.

Sudah dua kali Pecco berputih mata.
Sudah dua kali Pecco berputih mata.

Kedudukan Rins kemudiannya dicabar oleh Luca Marini dan Fabio Quartararo tetapi Rins akhirnya tetap berjaya mengatasi setiap serangan itu untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama seterusnya membawa pulang 25 mata penting. Ini adalah kejayaan pertama pasukan LCR Honda sejak 2018 dan ia merupakan podium ke-100 buat pasukan.

Alex Rins mencipta sejarah baru.
Alex Rins mencipta sejarah baru.

Kemenangan Alex Rins ini juga telah memecah kebuntuan pasukan Honda selepas mengharungi 539 hari dan 24 Grand Prix tanpa meraih satu kemenangan di tempat pertama. Ia adalah rekod paling buruk buat Honda sejak kembali ke saingan premium pada tahun 1982.

Di belakang, Luca Marini dan Fabio Quartararo saling cuba mengatasi satu sama lain. Perebutan tersebut menyebabkan berlakunya sentuhan sedikit. Marini menggunakan tenaga Ducatinya untuk memintas dan mengekalkan kedudukan di depan dengan jarak yang agak selesa. Marini dan Quartararo meraih tempat di tangga podium masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Fabio Quartararo '20' cuba mengekang kemaraan Luca Marini.
Fabio Quartararo '20' cuba mengekang kemaraan Luca Marini.

"Ketika saya berada di bengkel LCR pada musim sejuk yang laku, Lucio meletakkan video dan berkata kami mempunyai 99 podium dalam pasukan kami."

Saya berkata, 'terima kasih atas tekanan!' Kami akan melakukannya. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Ia adalah hujung minggu yang sangat baik, lebih-lebih lagi kerana kami bekerja keras sejak dari hari Jumaat. ​​Pecco menunjukkan rentaknya yang sangat kuat, saya bergelut dengannya sedikit dalam sektor ketiga dan keempat."

Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.
Alex Rins.
Alex Rins.

Tetapi selepas kemalangan itu, saya tingkatkan tumpuan dan tidak mahu melakukan sebarang kesilapan. Ia bukan mudah tetapi saya sangat gembira dengan kemanangan ini," komen Alex Rins. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.