RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Mei 2023

Adib Hareez Akan Manfaatkan Peluang di Halaman Sendiri

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pusingan ketiga kembali di Bandar Jasin Bestari, Melaka pada hujung minggu ini. Md Adib Hareez Hazwat dari pasukan BAD LAB HONDA KC RACING akan meneruskan perjuangannya dan terus mencari mata di laman sendiri untuk menguasai takhta keseluruhan kelas WIRA KBS.

Pada musim 2022, pelumba dari Melaka ini telah bersaing untuk pasukan HONDA AFB TECH RACING. Untuk musim ini ini, beliau bersama dengan pasukan baru dan telah menampilkan perembahan yang positif dalam kedua-dua pusingan yang telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dan Litar Seri Jempol.

Adib ternyata lebih yakin mengendailakan jentera Honda selepas menunjukan perubahan yang baru. Beliau kini berada di tangga kedua secara keseluruhan selepas dua pusingan dan mempunyai jarak tiga mata di antara pelumba tempat pertama. Untuk saingan Wira KBS pusingan ketiga ini bakal memberikan kelebihan kepada Adib kerana beliau bakal bersaing di halam sendiri untuk menguasi litar Jasin, sekaligus membuka peluang menguasai tangga teratas keseluruhan.

"Pada perlumbaan di pusingan 1 dan 2 memang agak baik bukan setakat pencapaian tetapi saya berjaya menyesuaikan diri dengan jentera baru. Saya perlu lebihkan komunikasi bersapa pasukan supaya dapat berikan mereka lebih input mengenaai jentera dan cara tunggangan saya. Saya sangat selesa dengan jentera Honda ini kerana mempunyai badan yang lebar yang memberikan keselesaan semasa berluba," kata Adib.

"Untuk perlumbaan pusingan ketiga ini, saya akan lebih fokus dan berusaha menunjukkan keputusan yang positif. Persediaan saya lebih kepada peningkatan stamina dan kecergasan mental," tambahnya.

Perlumbaan pusingan tiga saingan Cub Prix akan berlangsung di Jasin pada 27hb - 28hb Mei 2023. Jangan lupa hadir dan berikan sokongan kepada para pelumba. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.