RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Mei 2014

MotoGp Pusingan 1&2 Qatar-Americas : Marquez Terus Pamer Taring!

Ternyata tahun ini sekali lagi kita akan dapat pertembungan tiga penjuru di antara pasukan factory iaitu Honda, Yamaha dan Ducati. Ketiga-tiga pengeluar ternyata dibarisi oleh para pelumba yang cukup-cukup pengalaman seperti Marc Marquez, Dani Pedrosa, Alvaro Bautista, Stefan Bradl dan Nicky Hayden yang menggunakan jentera Honda. Mesin Yamaha pula ditunggangi oleh Jorge Lorenzo, Valentino Rossi, Bradley Smith, Pol Espargaro, Colin Edwards dan Aleix Espargaro manakala pasukan Ducati terus menyasarkan keputusan terbaik menerusi Andrea Dovizioso, Cal Crutchlow, Andrea Iannone dan Yonny Hernandez.

Dua pusingan telah berlalu! Juara 2013, Marc Marquez ternyata belum lagi diberi cabaran getir kecuali oleh Valentino Rossi ketika perlumbaan pembuka tirai di Qatar pada bulan Mac lalu. Pertembungan epik dua juara itu ternyata memberikan impak yang kuat dalam kelas prima untuk membuktikan siapa dan jentera mana lebih hebat.

Pol Espargaro juga mampu beraksi ‘mencecah siku’.
Pol Espargaro juga mampu beraksi ‘mencecah siku’.

Marquez menang di Qatar, Rossi di tempat kedua manakala Pedrosa di tempat ketiga. Lorenzo? Dia terlibat dalam kemalangan yang agak serius ketika sedang memimpin perlumbaan tetapi mujurlah dia tidak mengalami kecederaan kecuali luka di hati. Andrea Dovizioso, Aleix Espargaro, Bradley Smith dan Stefan Bradl merupakan antara nama-nama penting untuk kita senaraikan pada musim ini sebagai calon pelumba di podium.

Pasukan Ducati nampaknya lebih bertenaga pada tahun ini
Pasukan Ducati nampaknya lebih bertenaga pada tahun ini

Ternyata kejayaan di Litar Losail telah menyemarakkan semangat Marquez untuk mempertahankan takhtanya. Dari kedudukan petak pertama, Marquez terus memimpin perlumbaan selepas Lorenzo melakukan kesilapan. Dia juga merupakan satu-satunya pelumba yang memilih menggunakan tayar jenis keras berdasarkan cara tunggangannya – berjaya!

Andrea Dovizioso puas dapat naik podium.
Andrea Dovizioso puas dapat naik podium.

Walaupun pada mulanya Pedrosa cuba merapatkan diri, kepantasan dan kejituan Marquez menyerang setiap selekoh mengakibatkan dia akhirnya ketinggalan lima saat di belakang. Seorang lagi wakil Honda, Stefan Bradl yang pada mula bersaing hebat dengan Andrea Dovizioso (Ducati) akhirnya terpaksa menyerah kalah selepas tayar hadapannya tidak memberi cengkaman seperti mana yang dia inginkan. Bradl menamatkan perlumbaan di tangga keempat.

Musim 2014, Hirosyi Aoyama bersama pasukan baru.
Musim 2014, Hirosyi Aoyama bersama pasukan baru.

“Ini merupakan perlumbaan yang cukup menyeronokkan kerana buat pertama kalinya saya berjaya berada di hadapan dari awal hingga tamat perlumbaan. “Minggu ini cukup sempurna, kemenangan ini telah mempertingkatkan keyakinan kami sepasukan. Walaupun mungkin penonton bosan akan perlumbaan seperti ini, bagi pelumba sememangnya amat bermakna,” komen juara pusingan satu dan dua, Marc Marquez.

Stefan Bradl.
Stefan Bradl.

Selepas kecewa di Qatar, Lorenzo kembali ke Litar Americas, USA dengan semangat dan harapan menggunung. Selepas berhempas pulas, dia berjaya mendapatkan posisi di petak kelima di belakang Marquez, Pedrosa, Bradl dan A. Espargaro. Sayangnya kesilapan melakukan jump start hampir-hampir menguburkan terus persaingannya kali ini. Selepas menerima penalti, Lorenzo kembali ke litar tetapi segalanya sudah terlambat apabila hanya menerima bendera penamat di tempat ke-10.

Alvaro Bautista (19) & Karel Abraham (17).
Alvaro Bautista (19) & Karel Abraham (17).

Seorang lagi pelumba harapan Yamaha, Valentino Rossi pula bergelut dengan masalah tayar yang akhirnya menyebabkan terlepasnya kedudukan podium. Rossi yang semakin serasi dengan jenteranya jelas sangat kecewa dengan masalah tersebut selepas berada di posisi yang baik ketika di awal perlumbaan. Selepas hampir keseluruhan bahagian kanan tayarnya rosak, dia mula dipintas seorang demi seorang hinggalah tamat perlumbaan. Menamatkan persaingan di tempat kelapan bukan sesuatu yang diingini, Rossi kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 28 mata iaitu di belakang Marquez dan Pedrosa.

Di sebalik masalah yang menimpa, Yamaha tetap lega apabila kedua-dua pelumba pasukan satelit Monster Yamaha Tech 3 iaitu Bradley Smith dan Pol Espargaro kali ini berjaya mendapatkan keputusan yang agak baik. Smith dan P. Espargaro masing-masing menerima kibaran bendera penamat di tempat kelima dan keenam.

Cal Crutchlow belum menunjukkan ‘bisanya’ dalam pasukan baru, Ducati.
Cal Crutchlow belum menunjukkan ‘bisanya’ dalam pasukan baru, Ducati.

Pasukan Ducati pastinya amat puas dengan kejayaan Andrea Dovizioso yang berjaya meraih tempat ketiga selepas beberapa lama berusaha gigih demi melahirkan sebuah jentera yang kompetitif. Walaupun terpaksa menunggu lebih daripada setahun untuk berada di podium, usaha seluruh krew dan pelumba kali ini terbukti cukup berjaya.

Jorge Lorenzo (99) gagal di Qatar manakala di litar Americas pula dia melakukan kesilapan besar (jump start).
Jorge Lorenzo (99) gagal di Qatar manakala di litar Americas pula dia melakukan kesilapan besar (jump start).

Bermula di petak ke-10 tidak menghalang Dovizioso tenang mengawal mesinnya untuk memintas seorang demi seorang. “Saya amat berbangga dengan kejayaan ini. Pada mulanya saya gagal mendapat rentak sepatutnya. Saya tidak memberi tekanan pada tayar sepanjang 21 lap perlumbaan tetapi apabila mendapat tekanan daripada Bradl dan Smith, saya terus melarikan diri dan berjaya mendapat kelebihan dua saat di hadapan ketika tamat perlumbaan,” kata Dovizioso.

Lagi aksi ‘mencecah siku’ daripada Scott Redding (45). Para
Lagi aksi ‘mencecah siku’ daripada Scott Redding (45). Para

Pusingan seterusnya pasti lebih mencabar kerana Lorenzo, Rossi dan Andrea Dovizioso akan memberikan lebih cabaran kepada pasukan Honda selepas dua pusingan rancangan dan taktik mereka menemui jalan buntu. Di samping terus memberi sokongan, kita juga sentiasa doakan keselamatan semua para pelumba yang berada di litar. RR

Isu Pada

Mei 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.