RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Oktober 2023

Moga Hafizh Syahrin Terus Maju Dengan JDT Racing Team

Berikutan perkongsian di laman rasmi facebook, JOHOR Southern Tigers beberapa hari lalu, Jenama Johor Darul Ta'zim (JDT) akan memperluaskan lagi penglibatan mereka dalam sukan negara dan kali ini dalam dunia perlumbaan motosikal pula. Tahniah dan terima kasih di atas inisiatif ini.

Hafizh Syahrin 'kiri' bersama Tunku Mahkota Johor. Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers FB.
Hafizh Syahrin 'kiri' bersama Tunku Mahkota Johor. Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers FB.

JDT Racing Team bersama dengan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal memberikan saingan dalam Kejuaraan Asia Road Racing pada tahun 2024 nanti dengan menyasarkan persaingan dalam perlumbaan FIM Superbike World Championship (WorldSBK) kelak.

Sudah tentu perancangan ini mendapat respon yang sangat positif daripada Hafizh Syahrin yang kini sudah masuk ke musim keduanya dalam WorldSBK bersama pasukan Petronas Mie Racing. “Saya amat bersyukur, teruja dan berterima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga JDT,” komen Hafizh.

“JDT telah terbukti memiliki kesungguhan dan sangat profesional. Jika dilihat kemampuan dari segi fasiliti, kemajuan dan sumber yang disediakan adalah sangat baik. Saya berharap dapat menunjukkan kebolehan saya yang sebenar bagi memastikan JDT Racing Team berjaya sebagai pasukan yang mampu menaikkan nama JDT dalam sukan permotoran.”

“Jika mana-mana atlit diberi peluang dan berkhidmat untuk JDT, sudah pasti tidak akan lepaskan peluang ini. Oleh itu, saya 'looking forward' untuk bekerjasama dengan JDT Racing Team pada tahun 2024 nanti,” tambahnya.

Semoga Hafizh Syahrin dan pasukan JDT Racing Team akan gigih, bekerja keras demi menempa kejayaan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.