RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 November 2023

Moto2, GP Malaysia 2023: Syabas Md Helmi Azman dan Azroy Hakeem!

Syabas diucapkan buat para pelumba negara iaitu Md Helmi Azman dan Azroy Hakeem yang berani menyahut cabaran untuk memberi saingan dalam kelas Moto2 di GP Malaysia, Ahad lalu. Setelah melayakkan diri di tempat ke-29 dan ke-31 pada Kelayakan 1 semalam, Azroy dan Helmi bermula di barisan sepuluh dan sebelas grid untuk persaingan 17 lap itu.

Para pelumba negara menerima tepukan gemuruh daripada para penonton yang hadir.
Para pelumba negara menerima tepukan gemuruh daripada para penonton yang hadir.
Helmi Azman
Helmi Azman

Perlumbaan yang diadakan dalam keadaan panas itu (suhu udara 33° C, suhu trek 53°C) ternyata memerlukan keazaman dan tumpuan yang sebaiknya. Sebaik sahaja lampu dipadamkan, Helmi dan Azroy berjaya mengharungi kekalutan di selekoh pertama. Malangnya Azroy menjadi mangsa kemalangan sebelum tamat pusingan satu. Azroy menyambung semula saingan tetapi sekali lagi terbabas dan kali ini menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat untuk ke garisan penamat.

Azroy Hakeem
Azroy Hakeem
Azroy Hakeem bersama Principal Pasukan, Midori Moriwaki (kanan sekali).
Azroy Hakeem bersama Principal Pasukan, Midori Moriwaki (kanan sekali).
Helmi Azman, tamatkan saingan di tempat ke-23.
Helmi Azman, tamatkan saingan di tempat ke-23.

Helmi terus mengemaskan tunggangannya untuk menyempurnakan saingannya di tempat ke-23 dan ia merupakan hasil usaha gigih yang ditunjukkan oleh kedua-dua pelumba muda negara hari ini. Bersyukur kerana berpeluang beraksi di 'rumah sendiri', Litar Sepang, Helmi dan Azroy mengucapkan terima kasih kepada PETRONAS, MIE Racing dan para penyokong yang menyumbang kepada kejayaan mereka di SIC. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.