RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Disember 2023

Hazim Hayazi, Tempat Ketiga Keseluruhan WRC Orange Enduro

Tahniah buat Hazim Hayazi dari pasukan Fantic XEF-250 Enduro yang berjaya memberikan tunggangan bertenaga dalam saingan WRC ED1 Enduro Open yang diadakan di Litar Lasak Plentong pada awal Disember yang lalu.

Hazim yang menunggang jentera Fantic XEF-250 Enduro telah memberikan tunggangan yang mantap untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Pada pusingan pertama yang diadakan di Sungai Buaya, Selangor, Hazim menamatkan saingan di tempat keempat tetapi berjaya memperbaiki prestasinya pada pusingan kedua dengan naik satu anak tangga.

Perlumbaan pusingan ketiga yang diadakan di Gua Musang, Kelantan tidak memberikan sebarang mata buat Hazim berikutan masalah teknikal yang dihadapi. Namun begitu, Hazim terus cekal untuk mendapatkan rentak terbaik pada perlumbaan akhir.

Sebelum ini, nama Hazim mula popular selepas berjaya memenangi tempat pertama Kelas C dalam saingan Rimba Raid 2023 yang dianjurkan di Kuala Tahan. Kini sekali lagi Hazim membuktikan kemantapan dan ketangkasan jentera Fantic XEF-250 dalam perlumbaan yang cukup mencabar. RR

Jadual Perlumbaan Orange Enduro 2023

  • Pusingan 1: Sungai Buaya, Selangor
  • Pusingan 2: Padang Ibu, Pulau Pinang
  • Pusingan 3: Gua Musang, Kelantan
  • Pusingan 4: Plentong, Johor

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.