RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 5 Februari 2024

Selepas 4 Tahun, Andrea Iannone Makin Bersemangat

Musim ini akan menandakan kembalinya Andrea Iannone ke persada perlumbaan dua roda selepas empat tahun 'menghilang'. Kali ini, pelumba Itali itu bergabung dengan pasukan GoEleven menunggang Ducati Panigale V4 R.

Iannone berharap dia akan dapat memberi cabaran dengan menggunakan jentera 2024 di Australia nanti. Namun begitu, dalam sesi ujian masa di Jerez dan Portimao, dia berjaya mencatatkan masa cukup pantas dan rentak yang mengagumkan seterusnya berada di antara 10 pelumba terbaik.

'The Maniac' memberikan gambaran keseluruhan bagaimana potensi dan keupayaannya musim ini dan sudah pasti kemunculan Iannone menambah keterujaan persaingan kelas perdana untuk musim serba baru ini.

Akhirnya, Iannone dan pasukan telah melancarkan warna dan liveri terbaru bersempena musim pertamanya dalam WorldSBK. Gabungan Kuning, Hitam dan Putih memberi lebih keceriaan dan semangatnya selepas 'hilang' untuk tempoh tahun yang lalu.

Andrea Iannone terus mencari keserasian untuk memulakan langkah pertamanya dengan kukuh. Dengan persiapan yang semakin meningkat untuk musim sulung #29, keyakinannya semakin hari semakin tinggi. RR


 

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.