RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 Februari 2024

Pasukan Red Bull KTM Factory Racing 2024 Dilancarkan... Sasar Kedudukan Lebih Baik!

Musim 2024 merupakan tahun kelapan buat KTM dalam saingan MotoGP, kali ini menampilkan dua pelumba mantap iaitu Brad Binder, Jack Miller yang akan mewakili pasukan Red Bull KTM Factory Racing.

Jack Miller 'kiri' & Brad Binder.
Jack Miller 'kiri' & Brad Binder.

Di majlis pelancaran ini, pasukan Red Bull KTM Factory Racing mempamerkan liveri baru 2024 dengan skima warna Hitam, Jingga, Merah dan Kuning. Bahagian keseluruhan fairing dimantapkan dengan rekabentuk aerodinamik terkini.

Mereka menyasarkan untuk berada di kedudukan lebih baik daripada pencapaian pada tahun 2023. Tahun lalu, pasukan KTM berada di tempat ke-4 untuk kedudukan keseluruhan untuk Pelumba, Naib Juara dalam saingan Pengeluar Terbaik dan Ke-4 untuk saingan Pasukan. Sehingga kini, KTM telah meraih tujuh kemenangan Grand Prix dan dua kemenangan sesi Sprint sejak 2017 yang diperoleh daripada dua pelumba berbeza.

KTM memiliki skuad untuk memberi cabaran dalam semua kategori yang dimulakan dengan kelas perdana MotoGP diikuti Moto2, Moto3 dan Piala Rookies MotoGP Red Bull.

Tahun ini adalah musim kelima Brad Binder, pelumba berbakat yang berusia 28 tahun dalam kelas MotoGP dan tahun kesepuluhnya bersama Red Bull KTM melalui semua kelas. Pelumba Afrika Selatan itu memenangi dua pusingan (Republik Czech dan Austria), dua kemenangan perlumbaan Sprint (Argentina dan Sepanyol) dan lapan podium pada 2023.

Brad Binder.
Brad Binder.

Tahun ini pula merupakan musim kesepuluh MotoGP Jack Miller dalam MotoGP dan tahun Grand Prix ketiganya dalam warna Red Bull KTM. Pelumba Australia yang berusia 29 tahun itu meraih tiga kemenangan dan keputusan podium dalam penggal sulungnya bersama KTM sepanjang 2023.

Jack Miller.
Jack Miller.

Perlumbaan pertama daripada 21 pusingan keseluruhan akan bermula di Litar Antarabangsa Lusail, Grand Prix Qatar pada 8-10 Mac 2024. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.