RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 Mac 2024

Jorge Martin Tinggalkan Pramac Ducati Hujung Tahun Ini?

Naib juara MotoGP 2023, Jorge Martin dijangkakan akan meninggalkan pasukan Pramac Ducati pada penghujung tahun ini.

Jorge Martin '89' bertarung sengit dengan Brad Binder di GP Qatar baru-baru ini.
Jorge Martin '89' bertarung sengit dengan Brad Binder di GP Qatar baru-baru ini.

Temu bual dengan Pengurus Pasukan Pramac Ducati, Gino Borsoi telah mendedahkan bahawa pelumba Itali itu tidak akan lagi bersama pasukan mereka.

Dalam temu bual yang diterbitkan oleh Motorsport.com itu, Gino Borsoi - yang menyertai Prima Pramac Racing sejak musim MotoGP 2023 (selepas dia berjaya membawa Pasukan Aspar Izan Guevara untuk meraih kejuaraan Dunia Moto3 2022) - menjelaskan bahawa keputusan Jorge itu kerana kedudukan Pramac dalam skuad Ducati bagaikan 'adik' atau 'junior' sedangkan kemahuan Jorge adalah untuk berada dalam pasukan utama (factory).

Maka, Gino percaya bahawa masa Martin bersama pasukan Pramac telah tamat dan diungkapkan,  “whether you like it or not, come to a bit of an end.”

Apabila tamatnya kontrak di antara Jorge Martin dan Ducati, ini bermakna dia memiliki pilihan yang luas untuk ke mana sahaja. Persoalannya... ke mana?

Fermin Aldeguer.
Fermin Aldeguer.

Penggantinya sudah pun disahkan secara tidak rasmi iaitu jaguh Moto2, Fermin Aldeguer. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.