RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 Mac 2024

Ducati Corse Umumkan Persetujuan Kontrak 2 Tahun Dengan Fermín Aldeguer

Ducati Corse telah mengumumkan persetujuan kontrak MotoGP bersama Fermín Aldeguer, seorang pelumba dari Sepanyol itu kini akan menyempurnakan satu lagi musim dalam saingan Moto2 sebelum menyertai kelas prima (MotoGP) pada 2025.

Fermín akan menunggang jentera GP Desmosedici untuk dua tahun akan datang, dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak untuk satu lagi dua tahun. Fermin, berusia 18 tahun yang berasal dari La Ñora (Murcia, Sepanyol), membuat penampilan sulungnya dalam Kejuaraan MotoGP Sedunia pada 2021 dalam kategori Moto2 (tanpa perlu bermula dari Moto3). Dalam perlumbaan sulungnya, Fermín Aldeguer menamatkan perlumbaan ketujuh dalam perlumbaan sulungnya di Mugello (GP Itali).

Pada 2022, Fermín melengkapkan keseluruhan musim pertamanya, dan dalam saingan tahun 2023, dia meraih kemenangan sulungnya dan memperoleh tempat ketiga keseluruhan dengan lima kemenangan (empat kemenangan berturut-turut dalam empat perlumbaan terakhir), tujuh podium, dan tiga kedudukan pole position. Tahun ini, Fermín Aldeguer terus mengukuhkan dirinya sebagai salah satu pesaing utama dalam saingan Moto2 dan dalam pusingan pembuka tirai di Litar Qatar, Fermín Aldeguer menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.

Walaupun tidak ada kenyataan rasmi pasukan mana yang bakal Fermin sertai tetapi berdasarkan komen yang dikeluarkan oleh Pengurus Prima Pramac Racing, Gino Borsoi tentang keputusan untuk tidak lagi bersama Jorge Martin maka kekosongan itu berkemungkinan besar menjadi milik Fermin. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia