RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 April 2024

Pemilik F1 Sah Beli MotoGP Pada Nilai Euro 4.2 billion

Selepas berbulan-bulan mendengar khabar angin, akhirnya kini sudah rasminya mengumumkan Liberty Media iaitu pemilik Formula 1 telah membeli dan memperoleh MotoGP.

Ia adalah berita yang cukup hangat untuk dunia sukan permotoran khususnya. Perjanjian itu ditetapkan untuk dilaksanakan pada penghujung tahun 2024, selepas segala proses diluluskan oleh pelbagai pihak berkuasa undang-undang pelaburan.

Menerusi perjanjian itu melibatkan Liberty Media akan memperoleh 86% kepentingan dalam Dorna Sports S.L., pemegang hak semasa. Namun begitu, Dorna kekal sebagai pemegang sah pengiklanan komersial dan bahagian penyiaran termasuk hak siri perlumbaan lain seperti Moto2, Moto3, FIM Enel MotoE World Championship, FIM World Superbike World Championship dan siri terbaru FIM Women's Circuit Racing World Championship. Carmelo Ezpeleta, CEO MotoGP sejak tahun 1994 juga masih mengekalkan jawatannya.

Nilai urus niaga untuk pemilikan Dorna/MotoGP ini bernilai Euro 4.2 bilion dengan baki hutang sedia ada MotoGP dijangka kekal selepas persetujuan dilakukan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.