RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Mei 2024

MotoGP 2024: Francesco Bagnaia, Jorge Martin & Marc Marquez Sekali Lagi Berkongsi Podium

Sekali lagi kita melihat tiga pelumba yang sama iaitu Francesco Bagnaia (Pecco), Jorge Martin dan Marc Marqiuez sekali lagi memanjat tangga podium, kali ini di Litar Catalunya. Terlebih dahulu, Pecco diberikan tentangan hebat oleh Pedro Acosta sebaik sahaja perlumbaan dimulakan. Pelumba rookie itu mengacah beberapa kali untuk memintas.

Dari kiri: Jorge Martin, Francesco Bagnaia & Marc Marquez mendominasi saingan di Catalunya.
Dari kiri: Jorge Martin, Francesco Bagnaia & Marc Marquez mendominasi saingan di Catalunya.

Namun begitu, ruang yang sedikit terbuka telah memberi peluang buat Martin memintas Pecco dan Pedro untuk merampas posisi di depan. Pecco mula tercicir di tempat ketiga tetapi masih mampu untuk mengekori dengan rapat. Tidak lama kemudian, Pedro terbabas dan terpaksa melupakan hasratnya untuk berada di podium. Adakah Jorge selesa? Walaupun Pedro sudah terkeluar, rentak Pecco semakin pantas untuk mula membayangi Jorge.

Pecco '1' diasak para pelumba lain sebaik sahaja perlumbaan dimulakan.
Pecco '1' diasak para pelumba lain sebaik sahaja perlumbaan dimulakan.
Seramai 176,684 orang penonton membanjiri Litar Antarabangsa Catalunya.
Seramai 176,684 orang penonton membanjiri Litar Antarabangsa Catalunya.

Di belakang, perebutan tempat ketiga yang melibatkan Aleix Espargaro, Brad Binder, Raul Fernandez dan Marc Marquez memang cukup sengit. Seperti pusingan sebelum ini, Marc yang sudah serasi dengan jentera mula memintas seorang demi seorang sebelum tiba di belakang Aleix.

Joan Mir berjaya menghadiahkan mata buat pasukan Repsol Honda.
Joan Mir berjaya menghadiahkan mata buat pasukan Repsol Honda.
Brad Binder mempamerkan rentak padu untuk berada di kelompok hadapan.
Brad Binder mempamerkan rentak padu untuk berada di kelompok hadapan.
Fabio Quartararo terus positif dengan pembangunan jentera Yamaha.
Fabio Quartararo terus positif dengan pembangunan jentera Yamaha.

Pecco akhirnya berjaya membuat serangan ketika saingan berbaki 6 lap sahaja lagi. Jorge yang pada mula cuba menyahut cabaran Pecco kelihatan mula ketinggalan sedikit demi sedikit sehinggalah ke akhir perlumbaan. Pastinya Pecco selaku juara berpuas hati apabila berjaya menebus kekalahannya kepada Jorge pada pusingan sebelum ini.

Marc Marquez berjaya menewaskan Aleix Espargaro di saat-saat akhir.
Marc Marquez berjaya menewaskan Aleix Espargaro di saat-saat akhir.
Marc di hadapan para penyokongnya.
Marc di hadapan para penyokongnya.

Sementara itu, Marc berjaya merapatkan diri dengan Aleix dan menunggu saat terbaik untuk menyerang. Kedua-dua rider berpengalaman itu mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga sehinggalah lap terakhir yang memberikan kemenangan buat Marc selepas berjaya memintas pelumba Aprilia itu.

Luca Marini menamatkan saingan di tempat ke-17.
Luca Marini menamatkan saingan di tempat ke-17.

Fabio Quartararo berjaya mengatasi beberapa pelumba di depannnya untuk berada di antara 10 pelumba terbaik manakala Takaaki Nakagami dan Joan Mir menghadiah mata-mata berharga buat pasukan Honda. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.