RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Julai 2024

'Track Day of Legends': Valentino Rossi Beraksi Dengan jentera GP milik Eddie Lawson!

Bersempena dengan acara 'Track Day of Legends' yang diadakan di Litar Silverstone tempohari, lagenda MotoGP, Valentino Rossi tidak melepaskan peluang untuk hadir dan turun beraksi ke litar tersebut.

Valentino Rossi '1' menunggang Yamaha YZR500 Eddie Lawson.
Valentino Rossi '1' menunggang Yamaha YZR500 Eddie Lawson.

Valentino Rossi bukan sahaja kembali meratah selekoh-selekoh litar dengan jenteranya iaitu Yamaha R1 GYTR tetapi kali ini beliau turut berpeluang untuk menunggang beberapa jentera Grand Prix, World Superbike dan jentera lumba Retro yang penting dalam sejarah perlumbaan.

Turut hadir memeriahkan lagi acara tersebut ialah para pelumba tersohor seperti Francesco Bagnaia, Jonathan Rea, Michael Dunlop, dan John McGuinness.

Valentino Rossi '1' bersama-sama para pelumba lain di acara 'Track Day of Legends'.
Valentino Rossi '1' bersama-sama para pelumba lain di acara 'Track Day of Legends'.
Pelumba WSBK, Remy Gardner menunggang Yamaha TZ750.
Pelumba WSBK, Remy Gardner menunggang Yamaha TZ750.

Acara ini merupakan sebahagian daripada perjumpaan ahli Yamaha Racing Heritage Club. Rossi juga sempat menunggang semula jentera YZR M1 miliknya - jentera yang menghadiahkannya podium ke-199 dan yang terakhir dalam karier MotoGPnya pada tahun 2020 yang lalu.

Juara dunia 9 kali itu juga meluncur penuh bergaya dengan jentera Yamaha YZR500 1987 milik jagoan dunia, Eddie Lawson. Jentera tersebut lengkap dengan rekacorak Marlboro dan menjadi inspirasi untuk pengeluaran Yamaha XSR900 GP yang baru. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.