RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 Julai 2024

CP150: Azroy Beri Amaran Awal

Pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix telah berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang sebelah Selatan. Pelumba dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan kelas perdana.

Azroy mengetuai dengan catatan masa 1’15:131s di sesi latihan bebas diikuti Md Hafiza Rofa dari ONEXOX TKKR Racing Team yang mencatatkan masa 1’15:378s. Manakala pelumba Yamaha Tekhne AHM Motor Sports, Md Faiz Zekri Sabri dengan catatan 1’15:447s.

Dalam sesi kelayakan pula menyaksikan kedudukan para pelumba bertukar-tukar di antara Azroy yang menunggang jentera Honda dan pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Md Syafiq Rasol bersama duo pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing iaitu Afif dan Akid yang memacu model Yamaha Y15ZR.

Afif memintas kedudukan Akid pada minit ke-8 dan kekal konsisten di tempat teratas. Walaubagaimanapun Azroy berjaya merampas kedudukan teratas pada dua minit terakhir dan berjaya mengatasi masa terpantasnya dengan 1’14:460s. Kedudukannya kekal sehingga sesi kelayakan berakhir.

Afif berada di tempat kedua dengan catatan masa terpantas 1'14:736s diikuti rakan sepasukannya, Akid pada 1'14:748s di tempat ketiga. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.